Skip to content

Aku dah hilang sentuhan??… takde lahhhhh…

April 4, 2009

Sejak kebelakangan ni, blog ni dah semakin bersawang… bukan setakat takde entry terbaru, kadang-kadang sampai aku tak jenguk langsung… apa lagi nak membalas komen-komen pengunjung setia blog ni…

Ada yang bertanya aku ni dah hilang sentuhan ke??

Sebenarnya, semenjak dua menjak ni, tahap kesihatan tak mengizinkan aku untuk update blog ni hari-hari seperti sebelum ni… dah 2 minggu aku sekejap ok, sekejap demam, sekejap sakit kepala… sekarang ni cirit-birit dan muntah-muntah pulak.

Dah 2 minggu demam...

Dah 2 minggu demam...

Dalam tempoh 2 minggu, dah 4 hari aku MC… macam-macam ubat aku telan tapi tak jalan jugak… yang paling ketara sekali berat badan dah susut 4 kg, sampaikan aku akhirnya berjaya pakai balik seluar jeans yang dah lebih setahun terbiar dalam almari sebab sebelum ni tak muat nak pakai.

Aku sebenarnya fobia nak berjumpa doktor… aku tak suka buat kerja remeh-remeh ni… tapi memandangkan dah 2 minggu tak sihat-sihat jugak, nampak gaya lepas ni terpaksa jugaklah jumpa doktor untuk buat check up…

Bila dah sihat nanti, Insya-Allah aku akan update selalu blog ni dan kembali menjenguk blog kawan-kawan dan saudara-mara yang dah lama tak berkesempatan nak tengok…

Ok lah kepala dah mula berat ni, nak kena makan ubat… tapi sebelum tu rasanya belum terlambat lagi untuk ucap tahniah kepada Datuk Seri Najib Razak yang dilantik sebagai Perdana Menteri ke-6 Malaysia… chow chin chow!

7 Comments leave one →
  1. akula permalink
    April 5, 2009 3:54 am

    perghh cayalah MC dua minggu susut 4 kg. Kalau penulis masih lagi resah.. aku rasa by the time bulan 5 kenduri, pastinya transformasi akan berlaku..
    p.s. Ko ingat tak istilah kurus berpenyakit? hu hu~~

  2. mywanfai permalink*
    April 5, 2009 4:22 am

    akula,
    hahaha… aku ingat istilah tu… kalau tak silap masa tu aku form 5

  3. Educator_2009 permalink
    April 5, 2009 10:07 am

    kurus berpenyakit..haha..
    dah lama xdengar.. ngeh..ngeh..ngeh..

  4. cik.ptd permalink
    April 5, 2009 11:17 am

    mywanfai,

    sentuhan blog ni skrg kurang menyengat. tak spt masa kisah aguana dulu tue. mgkin dah baik demam dan turun 4kg ni mywanfai akan lebih bersemangat dgn idea2 yg baru.

  5. April 5, 2009 5:15 pm

    ha..kos isap rokok..tu yg demam xbenti-benti..

  6. April 5, 2009 8:39 pm

    jgn lupe mkn ubat hentikan menghisap rokok sayangi diri sendiri. sayangi anak n isteri. jgn bakar wang sewenang2nya skg harga rokok mahal. duit rokok tu klau dsimpan boleh beli rmh batu sebiji lg.

    tgk kat kotak rokok pun ada amaran gambar paru2 terbakar ingat tu pesanan dr kerajaan msia……puan sri

  7. mywanfai permalink*
    April 5, 2009 10:32 pm

    Educator 2009,
    masa kisah kurus berpenyakit tu rasanya educator 2009 masih di sekolah rendah

    Cik PTD,
    blog ni akan kembali menyengat selepas ni… tungguuuu

    manlukeman,
    bab rokok tu yg payah sikit tuh…

    isha,
    sekarang dah kurang dah…

Leave a reply to Educator_2009 Cancel reply