Skip to content

Nostalgia zaman remaja di Plaza Kotaraya

April 14, 2009

Dah lama aku tak tulis entry mengenai kisah zaman-zaman remaja dulu… 

Sesungguhnya zaman remaja adalah saat paling indah yang tak mungkin dapat aku lupakan walaupun masa zaman tu takde lagi handphone, PSP, Astro… guna internet pun tak reti, apa lagi nak tulis blog… 

Hidup masa tu tetap seronok walaupun takde lagi KLCC, Mid Valley, Pavilion, Berjaya Time Square… kalau jalan-jalan kat KL pun setakat pergi Kotaraya, Pertama Complex, Campbell, Sogo atau Sungei Wang Plaza je… tempat-tempat ni memang nostalgia lepak dengan kawan-kawan…

gambar hiasan - Plaza Kotaraya

gambar hiasan - Plaza Kotaraya

Nostalgia lepak dengan awek pun ada jugak kat situ terutama Kotaraya… bukan apa, senang dating kat situ sebab lepas tu boleh terus hantar awek kat Bus Stand Klang atau Pudu Raya…

Zaman tu takde LRT lagi… kereta dengan motor pun aku takde lagi masa tu… so terpaksalah bersesak-sesak naik bas mini nombor 10 dari Selayang atau bas Len Seng no 71… dalam tahun 1997 barulah merasa naik bas Intrakota yang ada aircond.

Dalam banyak-banyak shopping complex tu… yang paling best bagi aku tentunya Kotaraya… kat sinilah tempat nak cari seluar jeans, beli kaset kumpulan Search dan Ukays… paling best sekali dapat main game kat tingkat 4… hmm… dah terlalu lama rasanya tak pergi Kotaraya.

Bila dah sampai Kotaraya… tak sah kalau tak pergi Petaling Street dan Central Market… Kalau nak tengok wayang, kitorang akan pergi kat panggung wayang Rex… tapi sekarang ni aku tak tau lah ada lagi ke tak panggung wayang tu…

Seingat aku, aku pernah tengok filem Batman Forever kat situ… tapi tahun bila aku tak ingat, kalau tak silap 1994 kot… tengok filem Highlander 3 tahun 1995… satu lagi filem aku tengok kat situ tahun 1997 dengan member baik aku Botak dan Zahid Af2, tapi filem apa aku tak ingat.

Selain Rex, satu lagi panggung wayang yang jadi nostalgia bagi aku tentunya Odeon kat depan Pertama Complex tu… aku pernah tengok filem Kekasih Awal dan Akhir dengan kakak aku kat situ tahun 1993…

gambar hiasan - pawagam Odeon

gambar hiasan - pawagam Odeon

Haaa… filem Awas lakonan KRU pun aku tengok kat Odeon tahun 1996… bila ingat balik, rasa macam lawak je aku boleh tengok cerita ni… eh ada lagi, aku dengan sepupu aku pernah tengok filem Cikgu Romantik lakonan Mr Os dan Raja Ema masa tingkatan 2 tahun 1993… hahaha… lawak, lawak…

Dekat tempat tunggu bas nak balik Selayang dekat dengan Bangkok Bank pulak ada satu gerai jual air mata kucing… kalau pergi Kotaraya memang tak sah kalau tak singgah minum air kat sini… harga pun murah je 50 sen segelas siap dengan buah lagi.

McDonald Jalan Silang pulak meninggalkan nostalgia buat aku dan Botak sebab kami pernah kerja sambilan kat situ masa tunggu result SPM tahun 1997… tapi kerja kat situ tak lama… sehari je! Bukan tak tahan kerja teruk, tapi malu sebab hari pertama kerja dah terjumpa awek satu sekolah yang kebetulan makan McD kat situ.

gambar hiasan - Jln Silang suatu ketika dulu

gambar hiasan - Jln Silang suatu ketika dulu

Tapi sejak ada shopping complex besar-besar kat KL, aku pun jarang pergi kat area tu… nak-nak pulak kat situ dah jadi port pendatang asing… aku pulak dah 4 tahun duduk kat perantauan ni, lagi lah tak berkesempatan nak ke sana.

Bila balik KL dan mempunyai masa terluang nanti, aku rasa macam nak pergi ke situ lagi… nak tengok apa dah jadi dengan kawasan tu sambil-sambil mengimbau nostalgia zaman remaja.

Aku percaya, mereka yang seusia atau lebih tua dari aku yang duduk KL dulu mesti ada nostalgia kat tempat-tempat yang aku sebut tadi…

4 Comments leave one →
  1. akula permalink
    April 15, 2009 1:21 am

    ish.. ko tengok citer kekasih awal dan akhir dengan kakak ko? Ish kakak ko yang mana lah agaknya tu ye? (aku ker??)
    Dulu kalau tunggu bas mini no 10 kat Bangkok Bank mesti singgah MediYa beli roti. Kira masa aku remaja dulu pun, area tu memang happening habis. Nak pegi area2 Lot 10, tu sumer tempat orang kaya2.
    p.s. Teringat aku arwah Pandak bawak kita makan McDee kat depan Lot10. Everytime aku lalu situ, mesti aku teringat.

    eh penulis resah bukan masa remaja pernah pergi Melaka dengan geng2 ker? hu hu.. Nostalgia baju merah seluar kotak2.

  2. mywanfai permalink*
    April 15, 2009 6:01 pm

    akula,
    eh aku tak ingat pun arwah pak ndak ada bawak kita gi mcD kat depan lot 10 tu??…

  3. January 28, 2015 4:51 pm

    tetiba google pasal jalan silang…

    yer.. tmpt ni dh x sama macam dulu…

    kita sebaya ker? sbb awak mention spm 1997 wakakaka….

    panggung REX tu mmg best kot.. sbb murah.. hei jgn lupa popular book store pun best apa.. nak2 time nak beli peralatan tuk peperiksaan…..

    NOSTALGIA……………

  4. Mohd Firdaus permalink
    June 15, 2016 2:35 am

    Plaza kotaraya ni komplek kotaraya ke ? Keliru la 😂😭😭

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: