Skip to content

Aku dah berusia 30 tahun 7 bulan rupanya…

April 6, 2009
Gambar hiasan

Gambar hiasan

Aku akan menyambut hari lahir yang ke-30 pada 17 Julai nanti, tapi sebenarnya saat menulis entry ni, aku sudah pun berusia 30 tahun 7 bulan… pelik bukan??…

Haha… sebenarnya kalau mengikut tahun masihi, aku kini berusia 29 tahun 8 bulan, tapi kalau mengikut tahun hijrah dalam kalender Islam, aku kini berusia 30 tahun 7 bulan atau bersamaan 10,856 hari.

Selama ni aku tak pernah tahu pun tarikh lahir aku mengikut tahun hijrah… tapi selepas membuat semakan di kaunter JAKIM yang dibuka sempena Majlis Tahfiz Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2009 di Kota Bharu tadi, baru lah aku tahu yang aku dilahirkan pada 21 Syaaban 1399 Hijrah.

Bini aku pulak lahir pada 5 Januari 1979… maknanya dalam kelender orang puteh, usianya kini 30 tahun 2 bulan… tapi mengikut kalender Islam pula, dia lahir pada 15 Safar 1399 Hijrah iaitu usianya kini dah 31 tahun 1 bulan.

So, janganlah rasa yang kita ni masih muda, sebab kita sebenarnya dah tua kalau mengikut kalender Hijrah… macam kawan aku sorang ni, kalau ikutkan umurnya 39 tahun, tapi berdasarkan tahun hijrah, dia sebenarnya dah berumur 41 tahun… itu pun mengaku muda lagi! hehe jangan marah ha abang…

Anak aku pulak lahir pada 11 Jamadilawal 1429 Hijrah bersamaan 324 hari… umur sama je 10 bulan sama ada ikut tahun hijrah atau masihi.

Eh, jangan lupa tarikh lahir aku tu, nanti senang kalau nak bagi hadiah… kalau tak nak bagi ikut kalender masihi, ikut kalender hijrah pun boleh… kalau nak bagi ikut dua-dua tarikh tu lagi bagussss… hehehe

One Comment leave one →
  1. Abnag zack permalink
    April 16, 2009 11:08 am

    Yelah! Yelah! Aku dah tua….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: