Skip to content

Maggi perisa udang dah takde lagi rupanya…

April 20, 2009
Senarai Maggi mee tanpa perisa udang

Senarai Maggi mee tanpa perisa udang

Sebut pasal mee segera, semua orang terbayangkan Maggi Mee… entah kenapa punyalah banyak jenama mee segera di pasaran, tapi kepala otak macam dah set yang mee segera tu mee Maggi.

Asal nak makan mee segera, kita akan cakap `nak makan Maggi Mee’… kenapa tak cakap – `nak makan mee segera’… atau `nak makan mee Cintan lah’… Pergi kedai mamak pun order Maggi goreng, kenapa tak order Cintan Goreng atau Rusky Goreng?? Kuat betul pengaruh Maggi Mee ni…

Aku pun suka jugak makan maggi ni, terutama perisa udang… perisa udang ni bagi aku sedap bila cara masakan tu `di modify’ mengikut cara sendiri.

Selalunya aku tumis bawang putih dan sedikit bawang merah sebelum masukkan cili boh dan dibiar sampai pecah minyak… lepas tu masukkan air dan perencah udang… nak sedap lagi masukkan udang dan telur… haa… lepas 2 minit, Maggi mee perisa udang tu dah berubah jadi mee bandung… hoho…

Keenakan Maggi udang memang tak tergambar… kalau tak sedap, takkan aku sampai bergaduh dengan house mate masa belajar kat UiTM dulu sebab dia curi Maggi udang aku walaupun aku dah sorok kat bawah timbunan baju dalam almari aku.

Malangnya, sejak beberapa bulan lepas aku tak jumpa lagi Maggi perisa udang dijual di mana-mana pasar raya… Mula-mula puas aku cari kat Kota Bharu tapi tak jumpa, aku ingat mungkin tak jual kot kat Kelantan atau stok dah habis…

Rupa-rupanya, masa balik KL baru-baru ni pun aku tak jumpa jugak Maggi udang ni… bila aku check dalam web site Maggi, barulah aku sedar perisa udang dah tak dikeluarkan lagi.

Kempunan lah aku nak makan mee bandung buatan sendiri lagi… yang tinggal kini cuma perisa kari, ayam, tom yam, sup tulang, asam laksa dan perisa asli selain tiga perisa Maggi goreng… nampaknya, keenakan Maggi Mee udang kini hanya tinggal kenangan…

7 Comments leave one →
  1. April 20, 2009 11:15 pm

    modify lah mee maggie lain pulak…~

  2. April 21, 2009 2:12 am

    myzira..ko ingat x ko masak maggi tomyam kat kota bharu….sambil tengok af5…..tp tak habis…xde org larat makan..huhu

    penulis resah..cuba tanya milynshoppe ada tak jual mee segera ala2 megi udang…hehe

  3. April 21, 2009 5:14 pm

    nape aku xpenah rasa ko masak..

  4. mywanfai permalink*
    April 21, 2009 10:34 pm

    myzira,
    maggi perisa lain tak best kalau modify

    permatanusantara,
    nanti boleh masak untuk kitorang mee goreng… permata nusantara masak mee goreng sedap

    manlukeman,
    aku tak handal memasak macam fathil

  5. akula permalink
    April 22, 2009 4:24 pm

    mywanfai..
    Kenapa aku tak tau pun ko pandai masak megi nih? Masa kecik dulu bukan ke ko selalu mintak megi dengan milynshoppe?
    p/s: Dahsyatnya roomate ko sampai megi sorok bawah timbunan baju ko pun dia boleh jumpa..Camana dia boleh jumpa ha? Mesti pening dia carik.. hu hu..

  6. mywanfai permalink*
    April 23, 2009 11:36 pm

    akula,
    eh selain masak maggi udang, aku juga terel masak maggi goreng!

  7. December 4, 2009 11:27 pm

    Mee udang paling aku suka…. rindu nak makan maggi perisa udang sudah. apsal la tak kuar lagi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: