Skip to content

Perkampungan UFO di Kelantan… misteri belum terjawab

February 10, 2009
UFO - gambar hiasan

UFO - gambar hiasan

PERNAHKAH anda mendengar nama Kampung Gobek? Terletak kira-kira 2 jam perjalanan dari Kota Bharu, Kampung Gobek dalam jajahan Tanah Merah ini dihuni lebih 1,000 penduduk yang kebanyakannya pekebun dan petani.

Ada sesuatu yang istimewa dengan kampung ini yang sudah pasti tidak terdapat di kampung lain di Kelantan.

Perkampungan UFO… mungkin itu tag line paling sesuai yang patut diberikan kepada Kampung Gobek lantaran objek terbang menyerupai UFO dilaporkan pernah mendarat di situ sekitar jam 3 pagi pada 3 Mac 2000.

Dalam kejadian misteri 9 tahun lalu itu, penduduk mendakwa objek terang seakan-akan UFO mendarat di sebuah kolam berpaya di kampung itu sehingga membentuk alur air berbentuk Y.

Kegemparan yang dialami penduduk tidak terhenti di situ, malah ia menjadi semakin misteri ekoran dakwaan penduduk Kampung Gual Ipoh, tidak jauh dari Kampung Gobek yang mendakwa melihat makhluk asing bersisik dan berekor.

Keanehan yang berlaku di 2 kampung itu tersebar hingga menakutkan penduduk. Lalu, tiba-tiba nama Kampung Gobek menjadi terkenal dan tercatat dalam sejarah antara lokasi penemuan UFO yang pernah dilaporkan di Malaysia.

Sehingga kini, misteri itu belum terjawab meskipun ada pihak mengatakan ia cerita rekaan atau cakap-cakap kedai kopi yang sengaja diperbesarkan. Pihak berkuasa mendakwa makhluk asing yang didakwa itu sebenarnya seorang pesakit mental yang berkeliaran di kampung itu.

Manakala, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula memberitahu alur berbentuk Y itu sebenarnya bekas kawasan sawah padi, hujan lebat beberapa hari sebelum itu menyebabkan ia ditakungi air dan membentuk sebuah kolam yang didakwa penduduk sebagai tempat pendaratan UFO.

Tetapi, bagaimana pula dengan dakwaan penduduk mengenai cahaya terang yang mengiringi objek terbang seakan-akan UFO? Tiada sebarang penjelasan diberikan berhubung dakwaan itu atau mungkin ia juga cerita rekaan semata-mata.

Apa pun, kisah UFO ini pernah mempopularkan Kampung Gobek yang sehingga kini aku sendiri pun belum pernah menjejakkan kaki ke situ. Jika ada kesempatan, aku berhasrat pergi ke Kampung Gobek untuk berjumpa sendiri dengan penduduk dan mendapatkan gembaran sebenar tentang apa yang berlaku 9 tahun lalu itu.

Sesuatu menyeronokkan aku sepanjang bertugas di Kelantan ialah pengalaman cover cerita misteri dan bermalam di tanah perkuburan bagi mendengar suara perempuan menangis dan mengilai seperti yang didakwa penduduk di Kampung Sungai Keladi, Kota Bharu serta pengalaman cover kes enam jenazah batang pisang di Pasir Mas.

Memang best, tak mungkin pengalaman seperti itu dapat aku kecapi di tempat lain.

9 Comments leave one →
  1. February 10, 2009 6:02 pm

    ko jumpe hantu ker syeh…

  2. mywanfai permalink*
    February 11, 2009 9:49 am

    manlukeman,
    nasib baik tak jumpa

  3. akula permalink
    February 13, 2009 1:02 pm

    Mungkinkah misteri UFO terbang ni ada kaitan dengan UFO kecil yang terbang dari tingkat 1 Kem Desa Pahlawan 30 tahun dulu? Mungkin ada perkaitannya kerana pemandu UFO tu selalu ditemui di sekitar Kota Bharu.
    Apa kata penulis resah bongkar misteri UFO kecil ni?

  4. mywanfai permalink*
    February 13, 2009 6:57 pm

    akula,
    siasatan sudah dijalankan, ternyata tiada kena mengena dengan kejadian 30 tahun lalu

  5. mirafar permalink
    April 27, 2009 8:12 am

    crt len??

  6. October 22, 2010 6:41 pm

    10 tahun lalu (1999 ). Satu hamba ALLAH (siapa dirahsiakan ) tidak sengaja menghantar S.O.S kepada seorang kenalan dari ys city .Mendakwa sebagai vampire dari benua dibawah laut.
    Satu pulau telah mucul dalam tahun 1995 diikuti siaran petir tujuh warna di tengah laut.

    Pulau ini telah muncul 3 tahun sebelumnya. Dipendekkan cerita insan ni fikir orang tu main-main bila dia kata dia bukan manusia dan berasal dari bawah laut.

    perkenalan dengan insan dengan orang dasar laut bermula dalam tahun 1995. 3 tahun lebih jugaklah mereka berkawan.Pernah berhubung melalui talian telefon. Tetapi yang ganjil perbualan itu seolah bercakap dalam satu ruang kosong yang amat luas. Tiada gangguan bunyi frekuensi dalam telefon yang biasa di alami.

    Pernah sahabat dari laut menceritakan mereka mampu menguasai bahasa manusia dalam jangka waktu singkat dan boleh bergerak pantas mengelilingi dunia .

    Persahabtan berjalan lancar hingga email terakhir dihantar .S.O.S .Tapi tiada balasan.

    Email ringkas yang berbunyi . I need help come to tanah merah kelantan immediately .SOS.
    Akhir tahun hampr 2000 insan ni sambung belajar kat perak . Masa maghrib kawan insan ( arwah ) memberitahu satu kawah terbentuk di kampung gobek . Insan terpandang signal Y . di dalam tv dan mengerti emailnya telah dijawab.

    Insan tak belajar lama kat perak .sahabat insan memberitahu selain huruf y terdapat huruf z di kawsan berhampiran . dan kanak-kanak yang pergike situ mendakwa ada kubu besar bertapak di situ. ala -ala istana pun ada .

    Insan tak berani balik kelantan buat masa tu. Takut . Insan belum cukup jaga ibadah .Risau tersesat jalan. Lagipun insan pernah membuat perjanjian akan bertemu dengan shabat dari laut tu bila tiba masanya.

    Tapi insan belum bersedia . Tambahan jika bertemu insan terpaksa pergi bersama . Ini amat membimbangkan . Tanpa akidah yang kuat keislaman insan akan tergugat.

    Kini tahun 2010 ufo mula muncul banyak tempat termasuk menunujukkkan diri.

    Sahabat di laut itu berupa seoang lelaki . dia ada 3 orang sahabat lain .Nama mereka loeiz , glyn , rosenn .

    Jangan mentertawakan email insan ini. Sebab dah ramai teserempak dengan sahabat insan . MAKHLUK ini mngkin diekori oleh makhluk lain. Merka ada kasta dan pelbagai rupa paras.

    saya tak dapat bagi email address insan sebab melibatkan nyawa. So misteri ufo kampung gobek sudah terjawab .

    itu sahaja saya nak bagtau.

    Wasssalam

    Ana 2010

    • January 1, 2011 4:52 am

      ko copy paste sahaja ka atau ko tulis sendiri…leh jumpa
      ?????????? misteri jugak ni……..pelik jugak……………..aku
      need prove..u know me who i am….

  7. ella permalink
    February 7, 2011 7:10 pm

    waw….kampung halaman ku ni…hehehe…

  8. Hj zai permalink
    September 2, 2016 12:51 pm

    Asslamualaikun..saya Hj.Zai dari Brunei Darussalam sangat berminat dgn cerita misteri sperti yg dpaparkn dlm ruangan ini kemuskilan saya apa kh kisah2 yg dpaparkn ini benar2 terjadi atau sbelik nya klau benar terjadi adakah lagi bukiti yang nyata untuk sebgai penghubung kesahihan nya.

Leave a comment