Skip to content

Antara akok, Wakaf Che Yeh dan bertaubat… whoa ho ho…

February 9, 2009

Whoa ho ho… semalam adalah hari yang sibuk… bukan kerana kesibukan tugas, tetapi sibuk menjadi tourist guide kepada mak dan abah yang menjenguk kami di Kelantan.

Kelantan memang nostalgia bagi mak dan abah kerana pernah tinggal di sini selama tiga tahun sekitar penghujung 1970-an hingga awal 1980-an, malah di bumi ini lah aku dilahirkan sebelum keluarga kami berpindah ke Sarawak, KL, Melaka dan akhirnya menetap di Selayang dari 1993 hingga sekarang.

Alih-alih, dengan tak semena-mena aku mengikut jejak langkah abah iaitu diarahkan bertugas di Kelantan sejak 2006, malah anak aku Arman juga dilahirkan di Kelantan.

Cuma bezanya Arman lahir di klinik swasta, aku pulak di hospital kerajaan. Haha… takdir memang penentu segala… kami bukan orang Kelantan, tapi Mykad aku dan Mykid Arman tertera angka 03 yang menandakan kami lahir di Kelantan.

Berbalik kepada topik asal, pagi semalam dengan mata berpinar (tidur lewat sebab tengok EPL, cayalah Torres) aku bawak mak dan abah ke Melor menziarah kawan lama mereka sejak lebih 30 tahun lalu, Cikgu Hasmah.

Selepas tu, aku bawak mak dan abah makan tengah hari di restoran Nasi Ulam Cikgu… hehe… abah siap tambah lagi nasi… kan aku dah cakap sebelum ni, nasi ulam tu memang sedap, apa lagi kalau makan cicah budu!

Bila perut pun dah kenyang, kami pergi pula ke Jalan Telipot sebab mak nak order kuih akok yang dikirimkan kakak-kakak aku… huh pelik sebab tiap-tiap kali aku balik KL, diorang tak pernah pulak nak kirim apa-apa.

Dan malam, seperti biasa aku membawa mak dan abah ke Wakaf Che Yeh… bab ni lah yang aku letih… mana taknya, dua kedai pertama pun dah singgah sampai dekat setengah jam… orang pompuan kalau pergi Wakaf Che Yeh memang letih dibuatnya.

Sebenarnya malam tadi adalah kali pertama aku ke Wakaf Che Yeh selepas kali terakhir pada pertengahan 2007. Walaupun duduk Kelantan, tapi aku cuma pergi Wakaf Che Yeh ni bila ada famili datang je!

Whoa ho ho… satu lagi… sebelum pergi Wakaf Che Yeh, kami sempat tengok berita… Karpal Singh bukan main marah lagi dengan Anwar Ibrahim, siap suruh bertaubat lagi… whoa ho ho…

3 Comments leave one →
  1. wafa permalink
    February 11, 2009 4:46 pm

    mywanfai..
    Bukan x nak kirim..tapi kesian tengok myvi tu.. sarat sangat..

    p/s: Bila nak tukar stream baru..

  2. mywanfai permalink*
    February 11, 2009 5:13 pm

    wafa,
    ekonomi merudum, pakai myvi dengan GTi je la sampai tua!

  3. sape2 jela.. permalink
    February 28, 2009 2:23 am

    sedapnye nasik ulam..nk makan ngan keli percik…wuhuu..lazat2..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: