Skip to content

Amaran bergambar pada kotak rokok… berkesan atau tidak?

April 1, 2009

Sebenarnya aku nak masukkan entry ni dari minggu lepas lagi, tapi tak berkesempatan sebab anak aku Arman tiga hari masuk wad kat Hospital Pakar Perdana sebab demam, muntah-muntah dan cirit-birit dah dekat seminggu tak baik-baik.

Macam ni, minggu lepas masa pergi kedai beli rokok, terkejut besar aku bila tengok kotak Dunhill 14 yang aku beli tu tertera gambar ngeri pelbagai jenis penyakit dan kesan negatif akibat merokok.

Amaran bergambar pada kotak Dunhill 14

Amaran bergambar pada kotak Dunhill 14

Seorang kawan aku yang juga perokok tegar pun ada bagitahu aku yang dia rasa ngeri bila tengok kotak rokok tu… katanya, “Bila tengok gambar kat kotak rokok tu, aku nak hisap rokok pun jadi takut,” katanya sambil menghembuskan asap rokok yang diambil dari kotak yang tertera gambar ngeri tu.

Bagi aku, kalau dah nama perokok tegar tu, ada gambar ngeri ke, ada tulisan `AMARAN KERAJAAN MALAYSIA MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN’ pun diorang tetap beli jugak… harga naik melambung tiap-tiap tahun pun diorang beli jugak…

Aku pun macam tu jugak… letaklah gambar macam mana pun, memang susah nak berhenti… bukan takde kesedaran, aku sendiri tahu kesan buruk akibat merokok ni, tapi……. entahlah…

Yang penting, setiap kali hisap rokok, aku sanggup keluar rumah sebab tak nak anak isteri terhidu asap rokok yang aku hisap…

Aku tak pasti sama ada meletakkan amaran bergambar pada kotak rokok boleh mengurangkan tabiat merokok… mungkin kerajaan kena keluarkan statistik terbaru tabiat merokok selepas amaran bergambar tu diperkenalkan, baru kita semua tahu sama ada tindakan tu berkesan atau tidak…

Setakat ni takde pulak aku dengar kawan-kawan aku berhenti merokok sebab takut tengok amaran bergambar pada kotak rokok tu, masing-masing selamba je hisap lepas sebatang, sebatang… walaupun pada kotak rokok diorang tu tertera gambar segala macam penyakit.

 Ok lah, aku tak nak tulis panjang-panjang… nak rileks hisap rokok jap!

8 Comments leave one →
  1. wafa permalink
    April 2, 2009 9:12 am

    Perokok tegar ni..letak gambar ngeri ker.. buh statistik ker.. apa pun.. memang x jalan punya…macam ni lah… aku cadangkan tulis wasiat jerla…senang..esok2.. tak menyusah anak bini… hu..hu…

  2. April 3, 2009 10:23 am

    rokok ni la cinta pandang pertama..gurl pn kalah wei…

  3. cik.ptd permalink
    April 4, 2009 2:14 pm

    welcome to my blog http://kisahsebuahpengembaraan.blogspot.com

  4. April 20, 2009 11:43 am

    hehehehe penyokong liverpool ker? salam singgah.

    naper susah nak berhenti merokok ha, membazir jer tau x, kalau buat saving dah membukit duit u all org laki ni. jgn marah arrrrr

  5. roozu permalink
    June 4, 2009 4:25 pm

    mcm xberkesan je…hehhe

    cuba tgk ni…
    http://theroozu.blogspot.com/2009/06/rokok-mahal.html
    pasti berkesan!

  6. July 13, 2009 1:12 am

    aku jadi cashier restoran mamak… Ipoh..
    Ade customer tny kat aku ”

    Customer: ade x rokok dunhill yg x de gambar kanser
    Saya: xde sumer ade gambar

    Customer: Rokok Winston yg x de gambar ade x..?
    saya : X de jugak

    Customer: Ape je la rokok yang x de gambar..?
    Saya: X de sumer rokok ade gambar..

    Customer: ??? x per la… saya try cari seven eleven… Terima Kasih….

  7. Non-Perokok permalink
    October 9, 2009 11:49 pm

    Tak berkesan langsung. Aku tak merokok pun aku tak heran apatah lagi perokok.

  8. alif permalink
    May 28, 2010 2:57 pm

    ahhhhh!!! itu suma bidaah jer!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: