Skip to content

Panggung wayang??…

March 17, 2011

Lama giler rupanya aku tak menjejakkan kaki ke panggung wayang… kalau dulu at least sebulan sekali mesti gak tengok wayang tak kiralah cerita melayu ke orang putih ke hong kong ke…

Dalam tak sedar, dah lebih 5 tahun tak tengok wayang… tgk movie kat Astro pun jarang-jarang sebab kat rumah aku ni channel Astro dah jadi hak eksklusif anak sulung aku, Arman… sepanjang masa cuma bukak channel 613 je

Kalau dulu… sekurang-kurangnya sebulan sekali mesti tengok wayang kat tempat feveret aku kat KLCC, OU, Summit USJ atau Selayang Capitol sama ada dengan kawan-kawan atau awek yang sekarang ni dah pun jadi bini

Seingat aku… kalau tak silap la… movie terakhir aku layan kat wayang cerita The Fog… tu pun dah tak ingat aku tengok dengan siapa…

The Fog

Sebenarnya memang dah lama sangat teringin nak tengok wayang… nak-nak lepas baru-baru kahwin tahun 2006 dulu… tapi masa tu aku bekerja kat kelantan, kat sana mana ada panggung wayang…

Bila cuti balik KL pulak tak pernah ada kesempatan… ada je program bersama famili, kawan-kawan atau balik kampung bini aku kat Sungai Besar…

Bila dah ada anak, lagi lah takde kesempatan nak tengok wayang walaupun dah lebih setahun transfer balik ke KL… Pernah jugak 2 3 kali plan dengan bini nak tengok wayang termasuk cerita hantu kak limah baru-baru ni, tapi gagal jugak…

Tapi kali aku berazam biar apa biar apa pun terjadi, aku nak jugak tengok wayang cerita Transformers 3 – Dark Of The Moon dengan Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides kat wayang…

p/s – teringat pernah tengok filem AWAS – filem pertama lakonan KRU kat Odeon depan Pertama Complex tu… bila ingat balik rasa tersangat la tak macho… wahahaha

Masuk hospital…

March 15, 2011

Entah kali ke berapa aku mulakan entry dengan ayat – ‘dah lama tak update blog’… sampaikan rasa macam memang aku tak pernah ada blog pun sebenarnya…

Hampir 32 tahun hidup di bumi Allah ni, tak pernah sekali pun aku ditahan di mana-mana wad hospital seluruh dunia. Tak pernah jugak aku sakit teruk… setakat demam teruk tu ada lah…

Tapi, Sabtu lepas buat pertama kalinya aku merasa gak tidur di wad sebagai pesakit (sebelum ni pernah tidur wad teman bini bersalin atau anak sakit)…

Ceritanya macam ni… Jumaat lepas (11/3/2011) aku mengalami sakit perut yang teramat sangat sampai muntah-muntah. Duduk sakit, baring sakit, berdiri pun sakit… terpaksalah MC tak pergi kerja…

Hari Sabtu lebih kurang pukul 10.30 pagi pergi check kat Hospital Ampang Putri… Doktor check terus dia sahkan yang aku kena appendiks… so, pukul 12 tengah hari buat operation…

Maka, tidurlah aku dua malam kat hospital… bosan… nak hisap rokok pun kena turun bawah kat parking sambil tahan sakit… sekarang ni dah balik rumah, tapi perut masih sakit kesan daripada pembedahan…

Boring tak ingat sebab aku tengah bercuti… orang bercuti pergi jalan-jalan, aku bercuti kena duduk rumah baring je depan tv…

Tapi, sekurang-kurangnya aku dapat satu pengajaran… lepas ni kena lah jaga makan, tak boleh lah sangat nak bedal sesuka hati…

Terima kasih buat mak dan abah yang hantar gi hospital… terima kasih jugak buat isteri yang jaga aku kat hospital…

errr… entry ni takde gambar sebab memang takde mood nak ambik gambar kat hospital…

Terserempak kekasih lama…

January 2, 2011

Bagaimana agaknya perasaan anda bila bertentang mata dengan kekasih lama yang dah 10 tahun tak berjumpa?? Berdebar-debar? Terkejut? Tak terkata? Happy? Malu? Tak keruan?

Selepas 10 tahun terpisah… aku dan si dia buat pertama kalinya bertentang mata minggu lalu… memang tak terkata, mulut bagai terkunci… dengan serta-merta tersingkap segala sejarah dan kenangan lalu…

Kenangan pahit manis dan suka duka yang pernah kami lalui bersama… Dulu kami bagai merpati dua sejoli, ke mana-mana pasti berdua… tapi, kini aku dan dia sudah lama membawa haluan masing-masing…

Ironinya, pertemuan kami selepas 10 tahun itu berlaku di tempat aku bekerja – NSTP KL… Aku cuma mampu menjeling sambil memerhati si dia tanpa boleh berbuat apa-apa kerana ada insan lain yang kini memilikinya…

Sesungguhnya aku tak menyangka… selepas 10 tahun, Yamaha TZM 150 WGD 423 yang pernah aku miliki lebih akhirnya ketemu jua selepas sekian lama…

Cuma kau kini berwajah baru… tidak seperti kita kita bersama dulu… namun tidak pernah sesekali aku melupakan saat manis ketika bersama dulu…

 

Khairul Fahmi Che Mat… SUPERMAN

December 31, 2010

Tiba-tiba nama Khairul Fahmi Che mat menjadi sebutan susulan aksi cemerlangnya membantu skuad Harimau Malaya menjulang Piala Suzuki AFF buat pertama kalinya selepas 14 tahun menanti.

Di mana-mana… Facebook, Tweeter, kedai makan, pejabat… semuanya bercakap mengenai Khairul Fahmi… Tiba-tiba dia jadi terkenal…

Aku sempat buka page Khairul Fahmi di Facebook… Lebih kurang jam 9 malam, ada lah lebih kurang 150,000 fan, tup-tup bila buka balik pukul 12.30 tengah malam, dah jadi 163,000 fan… wow! 13,000 peminat dalam masa hanya beberapa jam… kalah artis wooo…

Aku mengenali Khairul Fahmi (tapi dia tak kenal aku) masa aku cover bola team Kelantan ketika bertugas di Kota Bharu… masa tu tak ada sesiapapun pedulikan keeper berambut panjang bermuka ala-ala Jepun ni… 

Nak-nak pulak masa tu Kelantan ada keeper paling legend dalam sejarah bola sepak negara, siapa lagi kalau bukan Halim Napi… tak sangka dia berada pada kelas tersendiri hari ini…

Aku juga seperti jutaan peminat bola sepak tanahair, kagum dengan ketangkasan Khairul Fahmi sepanjang pertandingan Piala Suzuki… kalau mendiang Arumugam dulu digelar Spiderman, mungkin Khairul Fahmi boleh digelar Superman…

Dan apa yang lebih membanggakan aku lagi tentang penjaga gol nombor satu Malaysia ini ialah… dapat bergambar dengannya di pejabat Berita Harian malam semalam… hehehehe

Tahniah HARIMAU MALAYA…

Terus memancorrrr…

December 12, 2010

Layan Awie la sekali sekala….

Terlepas…

November 6, 2010

Sejak diwujudkan dua tahun lalu, tak pernah sekali pun aku terlepas untuk update blog ni at least sebulan sekali… tapi buat pertama kalinya bulan aku gagal update atau menulis sebarang entry…

Memang sejak kebelakangan ni, terutama tahun 2010 ni aku jarang sekali update blog… kadang-kadang sampai dua minggu tak sentuh atau buka blog untuk sekurang-kurangnya check kot-kot ada orang bagi komen kat mana-mana entry…

Takpelah… kalau ada masa aku update, kalau tak, berhabuk la jawabnya… lagi pun rasanya takde apa sangatlah yang menarik yang nak dikongsikan bersama…

Selamat berpuasa

August 11, 2010

Selamat menyambut Ramadan al-Mubarak kepada semua umat Islam. Semoga ibadat yang dilakukan mendapat keberkatan Allah SWT.