Skip to content

Maafkan ayah…

June 1, 2011

4 Mei 2011

“Arman… Tok Wan dah tak ada… Tok Wan dah meninggal…”

Hanya kata-kata itu mampu aku lafazkan pada Arman sebaik Arman masuk ke dalam kereta… Hari itu, aku lewat menjemput  Arman dari nursery… lebih kurang jam 8.30 malam baru aku jemput Arman dan Ashraf selepas selesai urusan pengebumian arwah Abah…

Arman hanya mengangguk-angguk bila aku katakan padanya yang arwah Abah sudah tiada… Mungkin pada usianya yang baru tiga tahun, Arman belum mengerti apa-apa… apa lagi Ashraf yang baru berusia setahun… 

Namun mungkin juga Arman faham bahawa dia takkan lagi dapat berjumpa satu-satunya datuk  yang dia dan Ashraf ada di dunia… kerana datuk sebelah mama, sudah lama meninggal dunia ketika mama masih di bangku sekolah lagi…

Apa yang membuatkan aku sangat-sangat terkilan apabila tak berkesempatan menjemput Arman dan Ashraf untuk sekurang-kurangnya mereka menatap wajah Tok Wan buat kali terakhir… kerana pada waktu itu aku terlalu sibuk menguruskan jenazah arwah Abah…

Arman… Ashraf… maafkan ayah kerana kamu berdua tak sempat menatap wajah Tok Wan buat kali terakhir…

One Comment leave one →
  1. Akula permalink
    June 3, 2011 12:51 pm

    Takpe.. Satu hari nanti mereka akan faham. Kakak Hannah dengan Kakak Gqah pun sesekali tersebut nama tokwan. Depa tau tokwan dah takde. Cuma mereka masih belum faham akan erti kehilangan. Terutama kehilangan orang yang disayangi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: