Skip to content

Arwah Achik Spin… clean…

April 21, 2010

Arwah Achik bersama isteri

Kalau Hattan kata pemergian Achik Spin sebagai kehilangan besar kepada Negeri Sembilan kerana tak ramai anak Negeri Sembilan jadi anak seni, member aku pulak menganggap pemergiannya adalah kehilangan besar kepada dunia hiburan sebab dah tak ramai artis Malaysia yang clean macam arwah Achik…

Semalam aku berkesempatan lepak dengan sorang member kat sebuah kedai mamak di Taman Selayang dekat dengan apartment Sri Astana yang bakal aku duduki bulan depan Insya-Allah…

Dalam perbualan lebih sejam yang menyentuh pelbagai isu termasuk keseronokan melihat Manchester United tersingkir dari saingan Champions League (walaupun dah 2 3 minggu berlalu)… kami juga berbual mengenai pemergian arwah Achik akibat kemalangan jalan raya, hujung minggu lepas…

Member aku ni memang terkenal dengan sikapnya yang tak suka lagu meleleh termasuk yang dinyanyikan arwah sebelum ni, tapi menurutnya dia respek kat arwah sebab arwah adalah antara artis yang tak pernah terbabit dalam kontroversi…

Katanya, dia tak pernah dengar arwah terbabit dalam kontroversi atau bergambar dengan gaya kurang sopan dalam majalah hiburan… baginya arwah adalah artis low profile tetapi mempunyai peminatnya sendiri tanpa perlu terlibat dalam kontroversi atau mencari publisiti murahan…

Bagi member aku ni, pemergian Achik adalah kehilangan besar dalam industri ketika pelbagai isu panas artis terbongkar sejak kebelakangan ni…

Bagi aku pulak, arwah bukan saja artis yang clean… malah satu ketika lagu dendangannya bersama Nana yang ‘bola-bola api’ tu juga sering kali menghiburkan aku ketika menuntut di UiTM dulu…

Al-Fatihah buat arwah Achik…

One Comment leave one →
  1. April 24, 2010 9:55 am

    salam ziarah..

    ‘Katanya, dia tak pernah dengar arwah terbabit dalam kontroversi atau bergambar dengan gaya kurang sopan dalam majalah hiburan… baginya arwah adalah artis low profile tetapi mempunyai peminatnya sendiri tanpa perlu terlibat dalam kontroversi atau mencari publisiti murahan…”

    sangat setuju dgn pendapat diatas.

    http://zulaikhamohdnor.blogspot.com

Leave a reply to zulaikha Cancel reply