Skip to content

Entry pertama 2010…

January 16, 2010

Lama betul tak update blog… nak dekat sebulan dah… ni entry pertama aku dalam tahun 2010… maklumlah sejak bekerja semula di ibu kota ni, busy tak ingat… hehehe…

Waktu ini pada empat tahun yang lalu, aku baru mengenali Kelantan… bekerja di negeri yang asing yang bahasa dan makanan yang berbeza… bukan mudah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru… mujur ramai sahabat dan rakan reporter yang banyak membantu…

Waktu ini pada empat tahun yang lalu… aku mula mengenali Sungai Lebir, Sungai Galas, Gunung Stong, Dabong, Kuala Krai, Jeli dan Tanah Merah yang sebelum itu aku rasakan terlalu asing… secara perlahan-lahan aku mula menyesuaikan diri… mendekati, mempelajari serta menghayati budaya dan sosio-ekonomi masyarakat Kelantan…

Aku memang dilahirkan di Kelantan… lebih tepat lagi Hospital Besar Kota Bharu (sekarang Hospital Raja Perempuan Zainab II) pada 17 Julai 1979… ketika itu abah bekerja sebagai pegawai tentera di Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas… maknanya IC aku 03… tapi aku bukan orang Kelantan dan tiada saudara mara di negeri ini…

View dari Wisma Persekutuan Kota Bharu

Seingat aku, kali terakhir aku ke Kelantan pada 1990 ketika masih bersekolah dalam darjah 5… itu pun mak dan abah bawak jalan-jalan… 16 tahun kemudian pada 1 Januari 2006, aku diarahkan bertugas di Kota Bharu…

Masa mula-mula datang ke Kelantan, aku ingat lagi lagu paling popular masa tu ialah Dealova nyanyian Once… masa tu toksah kata Siti Nurhaliza masih bujang, aku pun belum kahwin lagi… ermmm… masa tu fly over Jalan Duta pun belum ada lagi…

Tapi sekarang selepas empat tahun melalui pengalaman pahit manis, suka dan duka di Kelantan… aku kembali bertugas di HQ… bila dah kerja di HQ, sibuk lah sikit… eh silap, sibuk banyak…

Aku sendiri pun dah takde masa nak mengadap blog… facebook pun dah jarang-jarang bukak… tapi tak kisahlah, yang penting aku kembali menjadi warga kota dan dekat dengan keluarga…

NSTP Bangsar

Apa yang pasti, kenangan serta pengalaman hidup sepanjang bertugas di Kelantan akan tetap tersemat di hati dan sanubari… terima kasih buat sahabat reporter yang banyak membantu dan berkongsi suka duka selama empat tahun… kenangan bersama kalian pasti menjadi kisah klasik untuk masa depan…

One Comment leave one →
  1. January 17, 2010 2:44 pm

    tu dia..entry yg dinanti2…catatan orang kota raya metropolitan…muahahahhaaa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: