Skip to content

Tahniah skuad bola sepak Malaysia

December 18, 2009

pemain rai kemenangan ke atas Vietnam

Semalam tiba-tiba ramai orang bercakap pasal bola… tiba-tiba orang yang tak minat bola daripada lelaki, perempuan, remaja, dewasa, tua, muda, Melayu, Cina dan India, semuanya bercakap pasal bola…

Semuanya berikutan kejayaan skuad bola sepak Malaysia melakar sejarah memenangi pingat emas Sukan Sea buat kali pertama selepas kemarau 20 tahun apabila menewaskan Vietnam 1-0.

Semalam juga tiba-tiba ramai yang kata ‘bangga jadi rakyat Malaysia’ dan ada juga yang kata ‘proud to be Malaysian’… hehe… lepas menang bola baru rasa bangga ke?…

Sebagai rakyat Malaysia dan peminat sukan bola sepak, sudah tentu aku juga gembira dengan kejayaan pasukan kebangsaan… tapi takdelah sampai menitiskan air mata atau melompat sampai terhantuk kat dinding bila Malaysia dapat menjaringkan gol…

Aku masih ingat… kali terakhir Malaysia menang emas Sukan Sea ialah pada 1989 ketika aku baru berusia 10 tahun… aku masih ingat tandukan Dollah Salleh akhirnya meranapkan impian Singapura untuk bangkit selepas dapat jaringan menerusi Fandi Ahmad kalau tak silap…

Aku tak pasti skuad Malaysia sekarang atau 20 dulu yang mana satu lebih hebat… tapi apa pun Malaysia memang berhak muncul juara berdasarkan persembahan cemerlang yang ditunjukkan semua pemain…

Cuma aku tak pasti… kejayaan semalam mampu diteruskan dalam pertandingan peringkat serantau seperti Piala AFF dan Sukan Sea akan datang… bukan tak percaya, tapi dah banyak kali terkena…

Harap-harap kita semua tak perlu tunggu sampai 20 tahun lagi untuk kembali meraih pingat emas bola sepak kerana pada waktu tu, kalau umur panjang, aku dah pun berusia 50 tahun…  Apa pun tahniah buat jurulatih dan semua pemain skuad kebangsaan…

Errrr… sempena demam bola ni, aku ingat nak tulis pengalaman manis dan pahit sepanjang menyaksikan perlawanan pasukan kebangsaan di stadium dalam entry akan datang… hehe

Bayangkan kalau Malaysia masuk Piala Dunia… lagi tak hengat punya demam bola…

4 Comments leave one →
  1. December 18, 2009 4:48 pm

    aai..terhantuk dinding cam penah bace je..

  2. mywanfai permalink*
    December 18, 2009 4:57 pm

    terasa ke bang? hehe

  3. December 18, 2009 5:09 pm

    btul, dr dulu lagi persembahan malaysia naik turun, naik x menentu cuma akhir ini kita turun x berhenti-henti geramnyaaaa.. dan akhirnya kita naik skali lagi.. mungkin lepas ni, naik naik naik.. tp xde la letak harapan tu tinggi sangat, dh banyak kali kene kan, hope Malaysia boleh terus lagi naik dan kemenangan ini buat pemain lebih confident…jgn takut2, jgn rendah diri, main je sebaik mungkin

  4. mywanfai permalink*
    December 18, 2009 5:20 pm

    shahrul,
    betul la tu bro… team Malaysia ni bila letak harapan tinggi je kalah… tp bila tak diberikan harapan boleh plak menang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: