Skip to content

Al-Fatihah buat Mak Lang

November 25, 2009

Malam semalam (24/11) lebih kurang jam 9.30 malam, aku menerima panggilan telefon dari mak… sebenarnya jarang sekali mak call aku pada waktu malam…

Kebiasaannya bila aku terima call dari mak waktu malam, tentu sekali ada sesuatu yang berlaku seperti mana ketika mak bagitau yang abah masuk hospital awal bulan ni.

Jadi bila nampak je nama mak tertera pada handphone aku malam semalam, aku mula rasa tak sedap hati… sebelum menjawab panggilan telefon, hati kecil terdetik ada apa agaknya yang berlaku sampai mak call aku waktu malam ni.

Sangkaan aku rupa-rupanya betul… mak dengan suara yang cemas memberitahu aku adik mak, Mak Lang sudah tak ada… kata mak, mak lang baru saja meninggal dunia selepas tiba-tiba sesak nafas.

Terkejut besar aku… baru je lebih kurang 2 bulan lepas aku bersama keluarga beraya ke rumah mak lang… masa tu mak lang kelihatan sihat… kata mak, mak lang memang dah lama sakit…

Mak Lang dikebumikan di tanah perkuburan Islam Taman Keramat petang tadi… Apa yang membuatkan aku kesal ialah kerana tak dapat pulang ke KL untuk melihat jenazah buat kali terakhir…

Takziah buat pak lang dan tiga anaknya, Hafiz, Ijaz dan Falah…

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah mak lang dan menempatkannya di kalangan mereka yang beriman… al-fatihah…

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: