Skip to content

Teori 1 November

November 5, 2009

Sebenarnya aku nak masukkan entry ni pada 1 November, tapi atas sebab tertentu yang tak dapat dielakkan, baru hari ni aku sempat upload cerita ni, takpelah… asalkan ada kira ok lah kan…

Bila masuk je tarikh 1 November, pasti aku terkenangkan sesuatu… terkenang nostalgia zaman persekolahan dulu… sebenarnya 1 November adalah tarikh lahir bintang bola sepak Malaysia kesayangan aku dulu kini dan selamanya, Azman Adnan.

Punyalah minat kat Azman ni, sampai tarikh lahir dia pun aku ingat… so apa pulak kaitan Azman Adnan dengan zaman sekolah dulu?… sebab zaman sekolah dulu aku memang tak miss tengok bola kat Stadium Merdeka dan Stadium Shah Alam untuk menyokong Azman dan Selangor beraksi.

Zaman sekitar pertengahan 90-an dulu memang meriah… seronok sangat bila pergi stadium, player time tu pulak best-best macam Azman, Malek Rahman, Mubin Mokhtar, Shahrin Majid… tapi semua tu dah tinggal kenangan, sekarang ni pun aku dah tak berapa ambik tau hal liga tempatan lagi.

AZMAN

Azman Adnan

Selain Azman, kalau tak silap aku bekas pemain KL yang pernah diletakkan nilai RM1 juta, Azrul Amri Borhan pun lahir pada 1 November… jadi secara tak langsung masa sekolah dulu, aku mempunyai teori bahawa siapa yang lahir pada 1 November mesti terel main bola (walaupun aku ada kawan lahir 1 November yang kaki bangku).

Selain 1 November, aku juga percaya bahawa sesiapa yang lahir pada tarikh 17 Julai pun mempunyai kehandalan bermain bola… contohnya aku… tapi macam aku pernah sebut sebelum ni, kalau tak kerana injured, mungkin aku sekarang ni secara konsisten manjadi kapten skuad kebangsaan… hehe

Pemain bola sepak lain yang lahir pada 17 Julai ialah Tony Cottee (bekas pemain Selangor dan Everton), Rashid Hassan (bekas penjaga gol Selangor, KL dan Malaysia), Radhi Mat Din (bekas kapten Kedah), David Hasselhoff (eh dia ni pelakon Baywatch) dan juga ex-girlfriend member aku dulu (takde kena mengena)…

Jadi, kalau korang rasa atau teringin nak ada anak yang terel main bola, pandai-pandai lah planning yea… chawwwwww…

2 Comments leave one →
  1. November 5, 2009 2:27 pm

    idea best la entry ko ni..tp idea 17 Julai tuh, aku kurang berminat..

  2. mywanfai permalink*
    November 5, 2009 2:50 pm

    manlukeman,
    haha… dengki la tu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: