Mungkinkah blog ini perlu berwajah baru?

Gambar hiasan
Semenjak dua menjak ni, jarang benar aku update blog ni… nak kata takde masa, tak jugak… nak kata busy, pun tak jugak… mungkin takde idea kot, atau semangat nak update blog dah tak macam dulu lagi…
Dua hari lalu, genaplah setahun usia blog Penulis Resah… bermula dengan suka-suka, kemudian banyak lah pulak benda yang aku update, kadang-kadang tu sampai hari-hari jugak lah…
Tapi sekarang ni entah kenapa dah semakin hilang sentuhan… mungkin aku kena buat sesuatu untuk mengembalikan semula semangat yang hilang tu… mungkin dengan cara menjadikan blog ni berwajah baru kot…
Anyway, tak sangka jugak dalam masa setahun, blog ni dah hampir mencecah 40,000 hits dan mempunyai pengikutnya sendiri (ada ke?) walaupun aku ingat ada lah dalam tiga empat orang je…
Apa pun, terima kasih kepada yang sudi menjenguk, yang sudi meninggalkan komen serta memberikan pandangan… kalau ada sebarang cadangan dan pandangan, amatlah dialu-alukan kerana apa yang penting, kerjasama (walaupun takde haiwan dalam bahaya)… hehe
Tanpa korang semua, siapa lah Penulis Resah…
keep it up dude..
saya suka Penulis Resah..suka sgt la baca blog..dialah Idola ku..
tawakal,
thanks
manlukeman,
yo la tu…
dah lama aku tak jenguk blog ko neh..
Dan aku pun salah seorang peminat setia penulis resah walaupun dah lama aku tak jenguk blog nih…memang minat betul dia…dia hensem, dia baik, dia tak minat pakai kemeja, dia ada kot berbutang baju nehru..dia bla!bla!bla!…ish memang aku minat dia tau…