Skip to content

Kita kan 1 Malaysia… Happy Deepavali…

October 17, 2009

Masa sekolah dulu, aku ada seorang kawan… nama dia Kunasegaran atau lebih mesra dengan panggilan Kuna… Kami berkawan baik dari Tingkatan 2 hingga Tingkatan 5…

Setiap hari kami akan berjalan kaki bersama ke sekolah sebab rumah Kuna terletak tak jauh dari rumah aku…

Kami juga mempunyai minat yang sama iaitu bola sepak… selalu juga kami pergi tengok bola bila ada game Selangor kat Stadium Merdeka…

Kami juga main bola bersama setiap hari… Kuna sangat handal bermain bola, skil menggelecek yang ada padanya sangat mengagumkan… aku pernah merasakan yang Kuna suatu hari nanti akan jadi pemain bola sepak sehebat K.Sanbagamaran… tetapi Kuna lebih mengutamakan pelajaran…

Kami juga selalu jogging bersama… Kuna sangat handal dalam sukan olahraga terutama acara lari jarak jauh… dia sentiasa mewakili daerah untuk pertandingan di peringkat negeri…

Kami juga selalu keluar KL dan tengok wayang sama-sama bersama dengan kawan-kawan yang lain…

Selepas habis sekolah, kami jarang berjumpa kerana Kuna melanjutkan pelajaran ke UTM Skudai manakala aku pula ke UiTM Shah Alam…

Daripada jarang berjumpa, kami akhirnya lost contact… hinggalah aku ‘jumpa’ semula Kuna melalui Facebook baru-baru ini… rupa-rupanya Kuna sudah bergelar jurutera dan kini bekerja di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di Johor Bahru…

Tapi kami sebenarnya masih tidak bersemuka sehingga kini kerana dia di Johor manakala aku pula di Kota Bharu walaupun kami berasal dari kampung yang sama iaitu Selayang…

Di kesempatan ini (macam nak bagi ucapan raya la pulak)… aku ucapkan Happy Deepavali kepada Kuna dan rakan-rakan lain beragama Hindu… Kita kan 1 Malaysia… hehe

One Comment leave one →
  1. October 17, 2009 11:48 am

    ya..1 Malaysia..hepi deepavali..tum pagal ho gaya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: