Skip to content

Pesawat TUDM kena baling batu…

October 6, 2009

KUALA LUMPUR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menyiasat insiden pesawat pengangkut C-130 Hercules didakwa dibaling batu oleh penduduk Padang, Sumatera ketika melaksanakan misi menyelamat dan menghantar bantuan kemanusiaan ke wilayah itu, baru-baru ini.

Panglima TUDM, Jeneral Datuk Rodzali Daud, berkata tindakan itu dilihat seolah-olah kehadiran pesawat berkenaan kurang disenangi oleh segelintir masyarakat di kawasan terbabit.

“Kita menerima laporan bahawa pesawat C-130 Hercules dilempar batu sewaktu melaksanakan misi menyelamat dan menghantar bantuan kepada mangsa bencana baru-baru ini.

“Bagaimanapun TUDM menerima kejadian itu dengan rasional dan memastikan anggotanya tidak terikut-ikut dengan tindakan dilakukan segelintir penduduk tempatan terhadap aset serta anggota yang dikerah ke sana.

“Kita pergi ke tempat yang mengalami darurat atau bermasalah, maka kita tidak mahu menimbulkan lagi masalah lain. Apa yang perlu kita buat adalah membuat siasatan kerana sudah ada laporan.

“Namun kita akan mengambil langkah sewajarnya supaya kejadian itu tidak berulang. Memandangkan operasi masih berjalan, kita akan melaksanakan sehingga selesai,” katanya.

Beliau berkata pada sidang media selepas perasmian Kongres Perubatan Ketenteraan Sedunia (WCMM) ke-38 di sini, semalam yang disempurnakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Rodzali mengulas laporan pesawat C-130 Hercules dilempar batu dan dihalang mendarat oleh segelintir penduduk Padang yang dikatakan masih berang terhadap Malaysia berhubung isu tarian Pendet.

Pesawat terbabit berlepas dari Pangkalan Udara Subang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau, satu-satunya lapangan terbang komersial yang masih beroperasi di Padang.

Beliau berkata, kejadian itu tidak mematahkan semangat anggota dan pegawai TUDM bertugas kerana mereka memikul tanggungjawab diamanahkan kerajaan bagi membantu negara jiran yang dilanda gempa.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, beliau menganggap tindakan sekumpulan kecil penduduk Padang membaling batu pada pesawat TUDM adalah sebagai permainan budak-budak nakal.

“Di sana mungkin ada budak-budak nakal namun kita tetap mengutamakan semangat saudara serumpun. Cubit paha kanan, paha kiri terasa juga. Maka, kita akan meneruskan operasi sehingga keadaan di sana tenang dan kembali seperti sedia kala,” katanya.

Beliau berkata, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut menghantar 53 orang lagi ke Padang dalam Misi Bantuan Kemanusiaan, petang semalam. – Berita Harian

Penulis Resah: Aduh…. ada jugaklah manusia yang bongok dan tak mengenang budi walaupun dalam kesusahan…

5 Comments leave one →
  1. October 6, 2009 6:30 pm

    walaupun keturunan aku ramai di sana tp aku tetap nk marah dgn peel cmni..malu keturunan la..apo kono la wa’ang ni…

  2. mywanfai permalink*
    October 7, 2009 12:01 am

    sabar bro… sabar…

  3. October 8, 2009 5:40 pm

    talking about rudeness. wow.

    hey i like your simple layout by the way. =)

  4. mywanfai permalink*
    October 8, 2009 10:35 pm

    max, thanks….

  5. fndrocka permalink
    October 14, 2009 9:44 am

    damn!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: