Skip to content

Misteri di Wad ICU

October 5, 2009

Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital kerap mengalami kejadian pelik. Setiap pesakit yang ditempatkan di situ pasti akan meninggal dunia pada setiap Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka.

Perkara itu membingungkan doktor lalu mereka memutuskan untuk memantau katil berkenaan.

Apabila tiba hari Jumaat berikutnya, beberapa orang doktor bersiap sedia untuk mengenal pasti penyebab kepada kematian di katil berkenaan.

Seorang pesakit lelaki sedang tidur di katil misteri itu.

Masa berputar dari jam 7 pagi, 8.30 pagi sehinggalah jam 9 pagi.

Tiba-tiba pintu bilik ICU itu terbuka dan kelihatan Makcik Bedah, seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap Jumaat masuk.

Dia mendekati katil berkenaan dan terus mencabut soket elektrik yang dipasang alat bantuan pernafasan pesakit dan menggantikannya dengan plag ‘vacum cleaner’nya…

– dipetik dari Berita Minggu

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: