Skip to content

Tarikh lihat anak bulan 19 September

September 12, 2009

KUALA LUMPUR: Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengumumkan 29 tempat ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal pada 19 September bagi menentukan tarikh Aidilfitri tahun ini.

Menurut kenyataan, Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidilfitri ialah berdasarkan rukyah serta hisab dan pengisytiharan tarikh akan diumumkan pada malam Sabtu itu menerusi radio dan televisyen.

Kawasan yang ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal ialah di Pontian Kecil Johor; Kampung Balik Batu Tanjung Bidara, Melaka; Pantai Aceh Pulau Pinang; Teluk Kemang Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Pulau Angsa dan Bukit Jugra di Selangor; Kampung Pulau Sayak, Pemandangan Indah Langkawi dan Menara Alor Setar di Kedah; dan pantai Pasir Panjang, Manjong, Perak.

Di Terengganu ialah di Bukit Besar Kuala Terengganu, Bukit Kemuning, Kemaman, Pulau Perhentian dan Balai Cerap Kusza, Setiu; di Kelantan di Bukit Peraksi Pasir Putih, Bukit Kampung Tembeling Kuala Krai dan Menara Bangunan PKINK Kota Bharu; dan di Pahang ialah di Bukit Tanjong Batu Nenasi, Gunung Berincang Cameron Highlands dan Bukit Pelindung, Kuantan.

Tempat melihat anak bulan Syawal di Perlis ialah di Kuala Sungai Baru; Menara Kuala Lumpur di ibu negara; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di Putrajaya; Tanjung Lubang Miri, Teluk Bandung Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu di Sarawak serta Tanjung Dumpil dan Menara Universiti Malaysia Sabah di Sabah.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: