Skip to content

Waduh waduh… apa masalah lo ni??…

September 4, 2009

Nampaknya kebencian orang Indonesia semakin meluap-luap… tunjuk perasaan anti-Malaysia berlaku di mana-mana di bandar raya Jakarta…

Terbaru, selepas serangan penggodam besar-besaran ke atas lebih 120 laman web Malaysia, puluhan pelajar menyerbu Kedutaan Malaysia di Jakarta dan melempar telur busuk selain cuba menaikkan bendera Indonesia.

Seorang pelajar cuba memanjat pagar kedutaan untuk memasang bendera Indonesia sebelum berlaku tarik menarik antara polis dan pelajar, namun polis akhirnya berlembut dan pelajar terbabit berjaya memasang bendera di pagar kedutaan.

Penunjuk perasaan memberitahu Metro TV perhimpunan itu adalah tindakan membantah kontroversi terbaru membabitkan penggunaan tarian tradisi Bali dalam promosi pelancongan Malaysia.

Sebelum ini, ada juga dakwaan kononnya lagu kebangsaan Negaraku ditiru dari lagu Indonesia, Terang Bulan. Sedangkan, lagu Negaraku sebenarnya dah dimainkan sejak kemerdekaan negara pada 1957

Dakwaan bahawa tarian Bali digunakan untuk mempromosi satu rancangan televisyen mengenai Malaysia walaupun sudah dijelaskan tidak membabitkan agensi kerajaan Malaysia, sebaliknya pihak ketiga masih menjadi modal untuk memarahi Malaysia.

Berikutan kemarahan itu, ada penunjuk perasaan membakar bendera Malaysia dan ini bukan kali pertama perkara seumpama itu berlaku kerana pada 2005, penunjuk perasaan pernah membakar Jalur Gemilang ekoran isu tuntutan satu kawasan di perairan Laut Sulawesi bersempadan antara Tawau dan Kalimantan Timur atau dikenali sebagai Ambalat di Indonesia.

Hubungan dua hala Malaysia-Indonesia sebelum ni sememangnya tegang ekoran pelbagai tuduhan dilemparkan media Indonesia antaranya kononnya Malaysia menciplak pelbagai kebudayaan dan tradisi Indonesia seperti Angklung… alamak, tak pernah pulak lah tercatat dalam mana-mana buku kat Malaysia ni yang claim angklung tu milik Malaysia, lagi pun best sangat ke angklung tu??

Malaysia juga dituduh mencilok lagu Rasa Sayang… aduh… lagu Rasa Sayang tu adalah lagu nusantara yang dah dimainkan di Malaysia sejak zaman filem Melayu tahun 1950-an dan 1960-an dulu lagi… lagi pun Indonesia sendiri tak dapat nak kemukakan bukti kononnya lagu tu milik mereka!

Tambah panas bila media Indonesia bukan main lagi main story Manohara Odelia Pinot kononnya didera suaminya Tengku Temenggong Kelantan… alahai sepanjang aku cover diorang berdua kat kelantan ni, aku tengok bukan main bahagia lagi diorang ke sana ke mari siap boleh pegang tangan lagi… saja lah tu Manohara nak cari pasal!

Selain tu, dari kes penderaan pembantu rumah warga Indonesia hinggalah bermacam-macam lagi kes sengaja diperbesarkan media Indonesia untuk menyamai lagi perasaan benci terhadap Malaysia… apa agaknya agenda mereka ni??

Kenapa media Indonesia tak pernah lapor berita mengenai jenayah rogol, bunuh, samun, rompak, pukau dan macam-macam lagi yang didalangi pekerja asing Indonesia di Malaysia sama ada yang datang secara sah atau pendatang haram!

Kenapa tak lapor yang Malaysia lah negara pertama yang sering memberikan bantuan apabila berlaku bencana alam seperti Tsunami dan gempa bumi di Indonesia??

Aku teringat, pernah dulu dilaporkan di akhbar Malaysia… ada seorang wartawan wanita dari Indonesia yang datang ke Malaysia untuk membuat laporan khas mengenai penderaan terhadap pekerja Indonesia di Malaysia… wartawan ni pun meminta bantuan lelaki rakyat Indonesia di Kuala Lumpur, tapi malangnya dia dirogol lelaki berkenaan… adeh!

Malah, ada jugak lama blog dan website yang sengaja diwujudkan untuk memburuk-burukkan Malaysia… macam-macam panggilan terhadap Malaysia diorang buat sampai sakit hati bila aku baca!

Hmmm… sebenarnya mungkin orang kita terlalu berlembut dengan orang Indonesia dan masih menganggap mereka serumpun, sebangsa dan seagama… tapi diorang tu tetap membenci dan anti-Malaysia!

Mungkin kita patut ajar mereka dengan memboikot lagu-lagu artis Indonesia dari disiarkan di stesen radio Malaysia selain tidak membenarkan diorang buat persembahan kat Malaysia… tapi malangnya stesen tv Malaysia ni pun satu, hari-hari dok tayang cerita Indon… naik menyampah aku!

Tapi bagi aku tak semua orang Indonesia perangai hodoh macam tu… mungkin media dan segelintir rakyat Indon yang bodoh dan senang diperbodohkan je yang macam tu!

Apa pun, mulai sekarang aku bertekad memboikot artis Indonesia termasuk Ahmad Dhani, Dewa, Dewi-Dewi, Inul, Iwan, Gigi, Padi, Peter Pan, Kadir dan Doyok… eh ramai lagi lah!

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: