Skip to content

Spidey tawan Menara Berkembar Petronas

September 1, 2009
spiderman
KLCC / SPIDERMAN

Impian lelaki ‘Spiderman’, Alain Robert yang juga warga Perancis untuk menawan puncak Menara Berkembar Petronas akhirnya menjadi kenyataan pagi tadi selepas tiga kali mencuba sejak 1997.

Menurut laporan akhbar, Robert mula memanjat menara setinggi 88 tingkat itu pada jam 6 pagi dan tiba di puncak pada jam 7.40 pagi tanpa disedari pengawal keselamatan dan orang ramai.

Tetapi dia kemudian ditahan polis sejurus tiba di bawah untuk pemeriksaan dan boleh didakwa kerana menceroboh.

Dalam percubaan kali kedua pada 2007, Robert hanya mampu memanjat sehingga aras 60 sebelum dia ditahan pengawal keselamatan.

Menara Berkembar Petronas setinggi 452 meter yang siap dibina 1998, adalah bangunan tertinggi di dunia sebelum diatasi oleh antaranya Taipe 101.

Antara bangunan terkenal pernah dipanjat beliau ialah Empire State Building, Menara Sears dan Taipei 101.

Perghhh… walaupun ramai yang mungkin menganggap Robert ni gila, tapi aku respek lah kat mamat ni… satu sebab dia tak berputus asa, kedua sebab kalau tak silap dia panjat menara tu tak guna apa-apa lat mendaki pun…

Kalau aku lah, setakat pokok rambutan pun aku ingat tak lepas nak panjat!

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: