Skip to content

Kisah pengorbanan dan kasih sayang…

August 29, 2009

Sejak kecil, mak dan abah serta guru-guru sentiasa mengajar aku supaya menjadi insan yang baik, berakhlak mulia dan suka menolong orang yang dalam kesusahan…

Aku bukanlah orang yang punya banyak harta… tapi jika berkesempatan, Insya-Allah sedaya mungkin aku cuba membantu, jika tidak dengan wang ringgit, mungkin dengan cara lain yang termampu.

Bila bergelar wartawan, aku berdepan pelbagai risiko, karenah dan ragam bermacam-macam manusia… ada yang menghina, membenci dan memandang serong… tidak kurang juga yang memuji dan menghargai…

Menjadi wartawan, secara tak langsung aku dapat membantu insan dalam kesusahan yang perlukan bantuan, setidak-tidaknya melalui tulisan di akhbar dapat juga membuka mata masyarakat untuk membantu mereka yg memerlukan.

Semalam… aku menerima banyak emel dari pembaca Berita Harian yang memberi respon terhadap story aku mengenai kisah Mek Som – seorang nenek yang sanggup berjalan lebih 2 kilometer setiap hari bagi menjaja makanan ringan untuk menyara 5 cucunya.

Kebanyakan mereka tersentuh membaca kisah ketabahan nenek berusia 65 itu… ada yang ucap terima kasih kerana aku menulis mengenai kesusahan Mek Som dan boleh dikatakan semua penghantar emel tu minta nombor telefon, nombor akaun dan alamat Mek Som kerana ingin menghulurkan sumbangan.

Sebagai orang yang menulis cerita mengenai Mek Som, aku hanya tumpang gembira, terharu dan bersyukur kerana ramai yang sudi menghulurkan bantuan… hanya dengan cara inilah aku mampu membantu…

Setidak-tidaknya dapat meringankan beban Mek Som bersama 5 cucunya menyambut Ramadan dan Aidilfitri…

Di bawah ini adalah antara email yang aku terima semalam…

———————————————————————————————————————————————————- Salam Wan Faizal,

Saya baru sahaja membaca artikel seperti di dalam subjek di atas. Bagaimanakah saya boleh menyumbang sedikit bantuan kepada Mek Som untuk meringankan bebanan beliau untuk menyambut Raya ini.

Izana Ibrahim

—————————————————————————————————————————————————–Assalammualaikum.

Saya betul2 terharu dengan nasib keluarga nenek tersebut. Boleh saya dapatkan alamat @ no akaun nenek tersebut / menantu – x banyak yg dapat saya bantu tapi sekurang-kurangnya dapat juga meringankan sikit beban nenek tua tersebut.
 
Harap saudara dapat memberikan alamat mereka untuk dihubungi – terima kasih.
 
Yg ikhlas,
Noor
—————————————————————————————————————————————————–
Asslamu’alaikum saudara  faizal,
kami amat tersentuh atas laporan saudara tentang Mak Som dan bebanan yang perlu dipikulnya. Bolehkah saudara tolong beritahu bagaimana kami dapat berhubung dengan Mak Som serta juga jika  saudara ada, nombor ac bank Mak Som bagi kami menghulurkan bantuan seberapa yang mampu?
terima kasih,
 
Azlina
————————————————————————————————————————————————-

Ok di bawah ni pulak adalah story aku yang disiarkan di Berita Harian semalam…

Nenek jual makanan ringan sara 5 cucu
Mek Som jual makanan ringan tampung pendapatan anak

Mek Som bersama cucunya melihat hasil jualan di Pantai Melawi

Mek Som bersama cucunya melihat hasil jualan di Pantai Melawi

BACHOK: Kasih sayang seorang nenek kepada lima cucunya yang kematian ibu mereka angkara kekejaman peragut bermotosikal pada Mei lalu, mendorong seorang warga emas berusia 65 tahun berjalan kaki lebih dua kilometer setiap hari sepanjang Pantai Melawi, di sini, semata-mata menjaja makanan ringan bagi menyara kehidupan.

Warga emas, Kalsom Saad, yang lebih dikenali sebagai Mek Som, dari Kampung Kuala Gel, Melawi, menjual makanan ringan terbabit kepada pengunjung pantai berkenaan setiap petang dengan keuntungan cuma 20 sen bagi setiap paket makanan yang dapat dijual.

Sejak kematian suaminya akibat sakit tua kira-kira dua tahun lalu, Kalsom turut mengambil upah membersihkan chalet sekitar Pantai Melawi bagi menampung hidup, sebelum membuat keputusan menjual makanan ringan bagi menambah pendapatan bagi menyara lima cucu termasuk tiga yang bersekolah.

“Saya jual makanan ringan ini sebab nak jaga cucu… saya tak kisah walaupun terpaksa berjalan jauh setiap hari kerana yang penting dapat menambah pendapatan. Syukur, saya masih kuat dan tiada masalah kesihatan,” katanya ketika ditemui di pantai itu.

Pada 6 Mei lalu, menantu Kalsom, Saripah Mohd Nor, 31, yang sedang hamil anak keenam, maut selepas tercampak dari motosikal apabila beg tangannya yang berisi wang tunai RM2, diragut dua lelaki bermotosikal sebelum mangsa yang terjatuh dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di Padang Raja, Melor.

Kalsom berkata, beliau sanggup bermandikan peluh menjual makanan ringan berkenaan kerana anaknya, Mohd Zani Awang, 39, yang juga bapa kepada lima cucunya itu cuma bekerja sebagai tukang rumah dan mempunyai pendapatan bulanan yang tidak menentu.

“Walaupun anak saya turut membantu, ia tidak cukup bagi membeli barang keperluan dapur dan menyara persekolahan tiga anaknya, saya terpanggil untuk menjalankan kerja ini bagi memastikan semua cucu saya dapat hidup lebih selesa,” katanya.

Penulis Resah: Sesiapa yang nak menghulurkan sumbangan kepada Mek Som, bolehlah menghubungi jirannya, Kak Mah di 019-9008529 @ 016-9604924

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: