Skip to content

Penyakit M… dan Ramadan di kampung halaman…

August 27, 2009

Rupa-rupanya dah lama blog ni tak diupdate… entah kenapa sejak akhir-akhir ni penyakit M datang menyerang… lagi pun bila balik kampung, banyak sangat aktiviti, terutama menjelajah bazar Ramadan sampai tak sempat nak jenguk blog…

Anyway, pulang ke kampung halaman (sebenarnya bandar walaupun Selayang masih boleh dikategorikan sebagai kampung) memang suatu pengalaman yang mengasyikkan, apa lagi ketika Ramadan…

Masa ni lah dapat berbuka puasa bersama ibu bapa dan semua ahli keluarga kecuali abang ipar nombor dua yang bekerja nun jauh di tengah lautan… hmmm terasa kemeriahannya dapat menikmati juadah berbuka yang disediakan mak…

Cuti hampir seminggu di ibu kota juga sempat aku gunakan untuk membeli baju baru anak isteri dan tak ketinggalan 2 helai baju raya untuk diri sendiri (walaupun sebenarnya nak dipakai untuk bekerja sebelum raya lagi)…

Biasanya bila tiba bulan puasa, ramai di kalangan bloggers (bukan bloggers politik) akan menceritakan kisah dan pengalaman berpuasa ketika zaman kanak-kanak…

Tapi rasanya aku takde pengalaman menarik nak dikongsi… sebab aku tak pernah ponteng puasa atau curi-curi makan masa bulan puasa… aku jugak tak suka main mercun waktu malam atau mengacau budak perempuan balik solat tarawih… kesimpulannya, aku memang budak baik!

Hmmm… keseronokan berbuka puasa bersama keluarga di Selayang dan Sungai Besar bagaikan direntap apabila aku dan anak isteri TERPAKSA pulang ke perantauan sebab aku dah start keje balik hari ni…

Oh ya… sebelum terlupa, semalam ketika dalam perjalanan ke LCCT, sempat jugak aku singgah ke restoran Syed di Bangsar tapau nasi briyani Bukhara untuk dinikmati ketika tiba di Kota Bharu… maklumlah berbuka dalam flight cuma telan air mineral dengan roti krim je…

Briyani Bukhara... masih panas

Briyani Bukhara... masih panas

Hehe… rupa-rupanya aku adalah customer pertama yang membeli nasi briyani bukhara tu sebab masa aku sampai kat situ, nasi tu baru je sampai dengan lori sambil membawa pelbagai lauk pauk dan kuah yang sungguh menyelerakan…

Huh… memang rasa nasi Bukhara tu maintain macam dulu jugak… kali terakhir aku makan nasi Bukhara tu masa berbuka puasa kat KL tahun lepas… maknanya dah setahun aku tak menikmati keenakannya…

Ummm... sedap...

Ummm... sedap...

Oklah, cukuplah setakat ni dulu… dalam entry akan datang aku nak cerita pulak pengalaman berjalan-jalan di bazar Ramadan Jalan Raja Alang, Kampung Baru… Selamat berpuasa!

3 Comments leave one →
  1. akula permalink
    August 28, 2009 6:18 am

    haah aku pun perasan masa kecik mana kita ada main mercun…
    ummm… beriya2 aku scroll down kat henfon aku neh nak baca entry ni last sekali citer pasal makan rupanya..
    huhu.. err… sedap ke nasi bukhara tu? Mana sedap dgn nasi mandy?

  2. August 28, 2009 11:17 am

    kalau lah org cipta, makanan kt internet ble terus makan, lame dh luak nasi nih..

  3. mywanfai permalink*
    August 28, 2009 6:10 pm

    akula,
    bagi aku sedap lagi bukhara… tp tak tau lah jugak sebab masa makan nasi mandy tu aku demam n tak boleh nak perform…

    manlukeman,
    lu lah yg kena cipta… hahaha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: