Skip to content

Kisah kedai jual otak…

August 19, 2009

Dalam dunia ni ada banyak kedai… berjuta-juta kedai sampai tak terkira… macam-macam kedai ada… kedai runcit, kedai ubat, kedai makan, kedai emas, kedai baju, kedai handphone, kedai motor, kedai jual perfume, kedai kasut…

Errr… macam-macam lagi lah… kalau aku sebut semua sampai ke sudah tak habis…

Tapi pernah tak anda mendengar kedai menjual otak??… mungkin takde kot… kedai jual otak-otak ada la…

Cuba bayangkan kalau dalam dunia ni ada kedai jual otak… maknanya kedai tu jual otak terpakai daripada orang yang dah mati atau pun orang yang dah memang tak nak guna lagi dah otak dia tu…

Kalau wujud kedai macam tu, tentu sekali ia berita gembira kepada orang yang ada penyakit barah otak… juga berita gembira buat orang sakit otak atau orang yang dah serabut otak yang nak pakai otak baru (walaupun sebenarnya otak terpakai)…

Ok, kalau ada kedai jual otak, mesti tauke kedai tu akan susun semua otak yang nak dijual tu di almari atau rak yang boleh dilihat dan dipilih oleh pelanggan…

Mungkin pada setiap otak tu akan ditulis pemilik asalnya mengikut bangsa… misalnya otak ni dulunya milik orang berbangsa Inggeris, otak tu pulak dulunya digunakan oleh orang berbangsa Cina…

Ditakdirkan pulak otak semua bangsa dalam dunia ni ada dijual di kedai otak tu… agak-agaknya lah, otak bangsa apa yang tauke kedai tu letak harga paling mahal sekali?…

4 Comments leave one →
  1. August 19, 2009 4:47 pm

    aii..lain mcm je bunyi..lamo nk pk nih..

  2. ABG ZACK permalink
    August 19, 2009 4:56 pm

    Rupanya kau dah terlalu banyak berfikir……

  3. mywanfai permalink*
    August 19, 2009 9:52 pm

    manlukeman,
    fikir jgn tak fikir

    abang zack,
    banyak fikir masalah negara

  4. edegedek permalink
    August 22, 2009 2:29 pm

    haiii..dah xde benda nk dituliske? cite otak pulak. cite nik aziz ekstrim ke..apa2la dr cite otak ni..orait!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: