Skip to content

Jim Jam & Sunny

August 14, 2009

Malam tadi ketika sedang nyenyak tidur dibuai mimpi, tiba-tiba anak aku Arman menangis… semahu-mahunya dia menangis tanpa henti sedangkan pada waktu itu jam di dinding sudah pun menunjukkan jam 3.30 pagi…

Aku dan isteri menjadi panik… kehairanan melihat Arman yang menangis sekuat hati… jarang sekali Arman bertingkah-laku sedemikian…

Puas kami memujuk… bagi susu tak jalan… dukung pun tak jalan jugak… bagi mainan pun tak nak… main cak-cak pun tetap tidak mampu menghentikan tangisan Arman yang semakin kuat…

Aku tak pasti apa yang mengganggu Arman… bimbang juga kalau-kalau Arman sakit… kebelakangan ni Arman selalu kurang sihat… atau mungkin juga Arman sakit perut…

Selepas lebih setengah jam menangis… aku membuat keputusan membuka tv, channel 611 Astro Ceria – channel kegemaran Arman… kebetulan ketika tu ditayangkan rancangan Jim Jam & Sunny…

Tiba-tiba Arman senyap dan berhenti menangis… malah Arman kemudian boleh ketawa sambil jari telunjuknya menunjuk-nunjuk ke arah televisyen…

Jim Jam & Sunny

Jim Jam & Sunny

Maka terpaksalah ayah dan mama melayan Arman tengok Jim Jam & Sunny serta rancangan kartun berikutnya di kaca televisyen sehingga pagi…

Maka hari ini ayah pun pergi kerja dalam keadaan ting tong kerana kurang tidur…

5 Comments leave one →
  1. August 15, 2009 11:17 am

    ai..byk sgt citer psl arman nih..orang tua ko dh xrisau, xmarah lg ke..muahahahhaa..

  2. cik.ptd permalink
    August 16, 2009 9:03 pm

    hai arman.. skali nak tgk citer kartun daa.. pas nie bleh la join abg imran tgk kartun pulak.. hehe..

  3. edegedek permalink
    August 17, 2009 7:41 pm

    ooo..pasal anak nangis ko xsenang duduk yer. sabarle..cam kita terima kekalahan yg semlm tuh..huhuhu

  4. August 19, 2009 4:50 pm

    btul tuh..dh nk kalah, nak wat cmne…

  5. mywanfai permalink*
    August 20, 2009 12:37 am

    manlukeman & edegedek
    entry ni tiada kena mengena dengan bola sepak

    cik ptd,
    tungguuuuu kepulangan arman….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: