Skip to content

Bila permohonan ditolak…

August 10, 2009
Gambar hiasan

Gambar hiasan

Anda mungkin selalu menerima panggilan telefon daripada wakil bank atau syarikat kewangan yang menawarkan perkhidmatan kad kredit… entah macam mana diorang tu dapat nombor telefon kita…

Aku pun selalu jugak terima panggilan telefon macam tu… macam-macam yang ditawarkan… kad kredit tanpa yuran bulanan lah, pendaftaran percuma lah, tanpa yuran tahunan lah, eh macam-macam lagi lah…

Bila terima panggilan macam tu, dengan tak semena-mena aku teringat kisah kira-kira 5 atau 6 tahun dulu ketika bekerja di syarikat produksi yang menerbitkan rancangan untuk stesen tv swasta dan RTM…

Masa tu darah muda… aku ni pulak mudah terikut-ikut dengan pengaruh rakan sebaya… yea lah bila tengok kawan-kawan pakai kad kredit, aku pun teringin jugak… masa tu duit gaji yang ada pun cukup-cukup makan je…

Jadi sebab teringin nak pakai kad kredit, aku pun try lah apply kat sebuah syarikat kewangan antarabangsa yang memang terkenal sebagai antara syarikat yang popular dalam menawarkan perkhidmatan kad kredit…

Mula-mula tu, aku call syarikat tu dan bercakap dengan ejennya… selepas perbincangan tu, aku pun hantar segala dokumen dan salinan slip gaji pada syarikat tu… aku pergi sendiri kat HQ syarikat tu dan berjumpa ejennya…

Biasanya ejen yang cari customer, tapi aku pulak yang carik ejen… tak kisah lah… masa tu memang teringin sangat nak ada kad kredit, lagi pun banyak benda yang aku nak beli… orang muda lah katakan…

Lepas jumpa ejen tu, mamat tu pun bagitahu yang permohonan aku tu takde masalah untuk mendapatkan kelulusan… katanya dalam 2 minggu aku akan terima kad kredit… so hari tu aku pun pulang dengan gembira dan menceritakan pada kawan-kawan yang tak lama lagi aku pun akan ada kad kredit…

Selepas 2 minggu, aku pun terima surat daripada syarikat kewangan tu, tapi malangnya bila bukak surat tu, tertera ayat macam ni – ‘Harap Maaf Permohonan Anda Ditolak’

Aduh… rasa terhinanya lah aku masa tu… kalau ikutkan, aku dah layak dan melepasi segala syarat yang ditetapkan… kawan-kawan pulak sedap je gelakkan aku masa tu…

Jadi sekarang ni setiap kali bila terima panggilan telefon yang menawarkan kad kredit, aku pasti teringat bagaimana permohonan aku suatu ketika dulu ditolak… sesungguhnya aku sedar, kita akan dilayan umpama raja kalau ada kerja tetap dengan pendapatan yang agak baik…

Peristiwa tu jugak membuatkan aku malas nak layan setiap kali aku terima panggilan telefon seperti tu sebab bagi aku luka lama masih berdarah…

Oooo… dulu masa aku susah korang tak layan permohonan aku, sekarang dah senang sikit korang carik aku pulak… boleh jalan lah…

3 Comments leave one →
  1. ceedalavida permalink
    August 12, 2009 9:22 pm

    ya betul tue.. time mencari punya la manis mulut kata mcm2.. siap bg jaminan kad dpt dlm 10 hari.. sudahnya esk tu nak ke peru, alih2 dia kata kad belum di proses.. aku punya bengang dgn staff tue n suruh dia proses cpt sikit.. alih2 jap lagi aku call, dia kata permohonan aku direject.. buduss tul.. tanpa alasan.. nak balas dendam kt aku la tue.. bg aku sykt tue yg buduss sbb reject application aku sbb gaji aku byk.. hahaha..

  2. mywanfai permalink*
    August 14, 2009 10:53 pm

    ceedalavida,
    hahaha… sabar la yek

  3. January 6, 2010 11:29 am

    Aku ingat klau aku apply msti reject gak…gaji xbnyk mcm korang kot…
    Abang ipar aku pakai gak kad kredit ni…3 keping tu…last2 semua max byrnya min
    hutang keliling pinggang…siap pinjam duit aku n abg,kakak,mak, ayah,
    anak sedare…perh…bahana kad kredit…
    Kalau la aku pakai kad kredit mungkin nasib aku pon sama gak…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: