Skip to content

Ada ke hujan yang naik?…

August 3, 2009

Dalam hidup seharian, kita selalu berdepan dengan bermacam-macam orang yang mempunyai pe’el yang berlainan dan percakapan yang berbeza… mungkin kita selalunya tak sedar, tapi kadang-kadang bila teringat balik, rasa macam kelakar pun ada.

Mungkin kita biasa dengar orang cakap macam ni – ‘eh hujan turun lah’… ermmm… ada ke hujan yang naik? kenapa tak sebut je – ‘eh hujanlah’…

Mungkin kita juga pernah dengar orang cakap macam ni – ‘jom minum air’… hmmm… bukan ke kalau sebut ‘jom minum’ pun dah cukup… mana ada orang makan air…

Kawan aku pulak orang Kelantan asal tengah hari je mesti cakap macam ni – ‘ish lapar nasik la’… hehehe, tapi bila nak pergi lunch, dia ajak aku pergi makan kat McDonalds pulak…

Mungkin jugak kita pernah terbaca dalam akhbar ayat macam ni – ‘Perdana Menteri menyeru orang ramai supaya berjimat cermat’… eh bila pulak Perdana Menteri jadi tok bomoh nak seru-seru ni?

Mungkin ayat macam ni pun kita pernah baca kat akhbar – ‘Seri mempunyai banyak hobi, salah satunya mengumpul setem’… kenapa mesti ada perkataan salah? apa yang salah? apa yang betul?…

Mungkin kita jugak biasa dengar ayat ni – ‘Hah cuba try bukak skru ni pulak’… hehehe, apasal tak sebut je cuba try test?…

Mungkin korang pun pernah dengar dan lihat situasi seperti ni – ‘tauke, bagi kodak satu’… tapi lepas tu tauke tu pun hulur filem berjenama Fuji kat pelanggan tu tadi…

Atau pun situasi macam ni – ‘Laparlah… jom masak meggi’… tapi lepas tu mamat tadi tu pun terus je pergi dapur dan keluarkan bungkusan tertera tulisan mee segera Cintan atau Mee Ruski…

Tak pun situasi macam ni pulak – ‘Aku nak buang air lah, kalau nampak Shell nanti ko singgah tau’… tak lama lepas tu member mamat tu pun berhenti bila nampak Esso…

Eh ada lagi tak??… tadi masa nak tulis entry ni aku rasa macam banyak benda je…

4 Comments leave one →
  1. akula permalink
    August 4, 2009 1:49 am

    apa kata ko tanya tice English yang kena ajar BM tu?

  2. mywanfai permalink*
    August 4, 2009 10:50 pm

    akula,
    tice tu kalau aku tanya english ok la

  3. August 6, 2009 6:55 pm

    superb..gua suka lu ye entry..muahahahahaaa

  4. mywanfai permalink*
    August 7, 2009 12:59 am

    manlukeman,
    dah takde idea sebenarnya bro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: