Skip to content

Mak… bila pokok ni nak besar?…

August 1, 2009

Masa aku berumur lebih kurang 7 atau 8 tahun, aku sebenarnya dah pandai makan durian… takde lah nak kata suka sangat, tapi aku makan lah jugak terutama bila tiba musim buah.

Pe’el aku ni masa tu, tiap kali lepas makan durian, biji durian tu mesti aku campak kat depan rumah walaupun puas mak dan abah pesan suruh buang biji tu kat dalam tong sampah.

Nak dijadikan cerita, suatu hari mak yang tengah bersihkan halaman rumah tiba-tiba panggil aku… “Cuba kamu tengok ni… ni anak pokok durian… kamu selalu campak biji durian kat sini, hah sekarang dah tumbuh pokok pun,” kata mak.

Aku yang teruja tengok anak pokok durian tu pun tanya kat mak… “Mak… bila pokok ni nak besar? Bila kita boleh makan buah ni?…

“Lama nak tunggu tu… sampai kamu besar dah kerja nanti kot baru pokok ni berbuah,” kata mak lagi.

Kemudian aku pun masuk ke rumah sambil berkira-kira untuk menikmati durian daripada pokok sendiri bila dah besar nanti… sambil-sambil tu aku berasa sangat gembira kerana aku kini sudah memiliki pokok durian sendiri… nanti dah besar tak payah lagi beli buah durian kat tepi jalan.

Pokok durian... gambar hiasan

Pokok durian... gambar hiasan

Tapi, tanpa disangka-sangka, keesokan harinya bila aku tengok balik kat halaman rumah, aku dapati anak pokok durian tu dah takde lagi… aku pun apa lagi, terus je masuk rumah mendapatkan mak…

“Mak… mak… mana pergi anak pokok durian tu?… Kemudian mak pun menjawab… “Mak dah buang semalam.”

“Eh kenapa mak buang?… tanya aku dengan suara yang sedih dan kecewa…

“Kalau tak buang, nanti pokok tu besar susahlah kita… halaman rumah kita ni bukannya luas sangat… lagi pun siapa yang nak jaga pokok durian tu… mana ada orang tanam durian kat depan rumah,” jawab mak.

Kini… walaupun kisah tu dah berlalu lebih 20 tahun yang lalu, tapi sampai sekarang ia masih segar di ingatan… musim durian yang nampaknya sampai sekarang tak habis-habis lagi ni sebenarnya membangkitkan semula nostalgia indah masa kecik-kecik dulu…

Kalau masa tu mak tak buang anak pokok durian tu, mungkin sekarang aku sedang menikmati keenakan durian daripada pokok sendiri yang rendang di halaman rumah…

5 Comments leave one →
  1. cik.ptd permalink
    August 2, 2009 9:36 am

    betul juga ckp mak.. mana ada org tanam pokok durian dpn rmh.. org tanam kt dusun kan.. bayangkan kalau dpn rmh mak ada pokok durian.. dah tentu ada je durian yg hilang nanti..teringat pokok mangga epal dpn umh yg selalu kena dipetik org..

  2. akula permalink
    August 2, 2009 12:29 pm

    teringat aku masa kecik penulis resah main dengan geng geng depan umah..
    rindu pulak zaman kanak2 dengan adik2….

  3. August 2, 2009 12:36 pm

    klu durian jatuh atas bumbung rumah….

  4. mywanfai permalink*
    August 2, 2009 4:54 pm

    cik ptd,
    sekarang mangga epal dan diganti dengan pokok pisang

    akula,
    dengan geng2 main guli ke?… gunde inggek, ingge aci, yippedih…

    inas,
    jatuh atas bumbung rumah takpe, jangan jatuh atas tuan punya rumah dah la… hehehe

  5. akula permalink
    August 3, 2009 1:56 pm

    pergi melaka dengan geng2.. pakai suar kotak2.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: