Skip to content

Nasi kandar baikkk punyaaaa…..

July 25, 2009

Impian menjadi kenyataan! Mungkin 3 perkataan tu sangat tepat untuk menggambarkan kegembiraan kerana dapat menikmati keenakan Nasi Kandar Misai di Penang yang kali terakhir aku rasai sekitar hujung Oktober tahun lepas.

Kesempatan mendapat off day 3 hari  aku gunakan untuk membawa anak isteri bercuti di Penang.

Kenapa Penang?… sebab tak lah jauh sangat perjalanan dari KB kalau ikut Gerik, dalam 5 jam lebih kurang… sebab Penang ada nasi kandar, laksa, char kuew tiow, pasembor… sebab Penang ada tempat jual DVD RM4 sekeping kat Batu Feringgi…

Setibanya di Georgetown, aku pun apa lagi terus je menuju ke Chow Rasta untuk menikmati Nasi Kandar Misai, lagi pun perut dah terasa lapar sangat selepas melalui perjalanan jauh dari Timur ke Utara Semenanjung.

Sampai je kat situ, aku pun apa lagi terus je bedal sepinggan nasi kandar dengan kuah campur banjir, ayam goreng, telur rebus dan kacang buncis… perghhhh…

Keenakannya membuatkan aku terlupa seketika tangisan anak aku Arman yang dari tadi menangis… mungkin lapar susu kot! Tapi… semakin lama dan semakin asyik aku menyuap nasi, tangisan Arman bertambah kuat…

Tiba-tiba isteri aku bersuara, “Ayah tolong bancuh susu Arman jap.”….

Aduh… potong stim betul lah… 

Dalam amai-amai aku gagahkan jugak melangkah ke dapur untuk membancuh susu Arman, pada masa yang sama sempat jugak aku menjeling ke arah jam di dinding yang menunjukkan hampir jam 3 pagi.

Ah, aku bermimpi lagi…

One Comment leave one →
  1. July 26, 2009 12:58 am

    ceh.. aku ingat bebetul tadi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: