Skip to content

Bosan menjadi orang yang bosan!

July 23, 2009

Errrr… aku tak tau bagaimana nak memulakan entry ni… ok… macam ni… errrr… sebelum ni aku pernah tulis dalam blog ni yang aku menulis blog kerana bosan, dah takde aktiviti nak buat kat rumah, dah tak tau nak pergi jalan kat mana lagi…

Sejak hampir 4 tahun lalu atau lebih tepat lagi hampir 43 bulan lalu atau lebih tepat lagi 1,299 hari yang lalu atau nak tepat lagi 31,176 jam yang lalu, aku melalui hari-hari yang sangat-sangat membosankan dalam hidup…

bosan...

bosan...

Dulu sama ada ketika zaman kanak-kanak, zaman sekolah rendah dan menengah, zaman belajar kat universiti, zaman jadi penganggur dan zaman mula bekerja, aku seorang yang periang dengan hidup penuh warna warni…

Tiap-tiap hari atau sekurang-kurangnya seminggu sekali atau setidak-tidaknya sebulan sekali aku akan melalui hari-hari yang indah bersama keluarga, kawan-kawan, rakan sekerja dan awek…

Senang cerita, masa aku sentiasa terisi dengan aktiviti yang best… tengok wayang, window shopping, bercuti bersama kawan-kawan, berkelah, merempit, dating, lepak kedai mamak tengok EPL… errrr… macam-macam lagi lah…

Tapi… semua tu cuma tinggal kenangan… sejak ditransferkan nun jauh di perantauan, aktiviti harian aku dah tak macam dulu lagi…

Hari-hari pergi kerja-balik kerja… balik kerja-pergi kerja… dah tak pergi window shopping… dah tak pergi jalan-jalan… tiap-tiap hari buat benda yang sama… main dengan anak, makan, bukak blog, tidur… dan perkara yang sama berulang setiap hari…

Tengok wayang toksak cakap lah… aku sendiri pun dah lupa macam mana rasanya bila tengok wayang… tengok tv pun dah jarang-jarang sebab dah takde cerita best… balik-balik menti, mentol, hua ho ho, macam-macam atan… jadi kalau tengok pun berita tv3 atau rancangan Agrotek di TV1

Aktiviti hujung minggu atau ketika off day pulak semestinya tidur… kalau duduk kat KL, bila time bosan atau masa off day, boleh jugak ziarah family atau saudara-mara… tapi duduk kat perantauan ni nak pergi mana?

Nak pergi shopping complex? Pergi lepak tepi pantai?… mula-mula dulu ok lah, tapi bila nak dekat 4 tahun ni… hmmm… malas lah buat benda yang sama… hidup umpama duduk sepanjang masa depan akuarium kecik tengok ikan emas berenang-renang!

Bawak anak bini makan kat luar?… oh tidak… aku dah tak tau nak makan apa lagi kat sini… kalau hari bekerja, selalu jugak aku pusing-pusing bandar naik motor sampai setengah jam sebab fikir nak makan apa, kononnya nak cari kedai makan yang best… last-last aku beli nasi kat bawah ofis jugak… itu pun nasi kosong dengan ayam goreng…

Kawan-kawan yang ada cuma dari kelompok kecil… dah tak lepak dan ketawa dengan kawan-kawan sekepala kat kedai mamak sambil tengok wrestling atau bola macam dulu… aku pun dah jarang ketawa kat ofis… kawan-kawan yang best dulu pun kebanyakannya dah transfer balik KL

Mujur ada jugak beberapa kerat kawan-kawan yang sempoi dan boleh diajak bersembang dan bergelak-ketawa… mujur ada anak isteri yang sentiasa jadi peneman setia setiap hari… mujur ada blog untuk isi masa lapang…

Hmmmm… aku mahu pulang!

9 Comments leave one →
  1. July 24, 2009 12:16 pm

    bosan bebnor ni jang..den pn nk mintak blk gak..muhahahaha..bole la nanti ‘rempit’ ngn aku..

  2. July 25, 2009 2:11 am

    Aku boleh bayangkan betapa bosannya ko. Sabo ajela yer.. Nanti hujung tahun mintak balik KL.
    p.s. emm.. wiken ni nak bawak bebudak ronda jusko au2, pastu mandi kat kolam klcc, pastu minggu depan nak tengok konsert search.. ahad nak gi loyat survey letop.. pastu lepak bukit bintang urut kaki.. err.. macam2 plan aku dah atur. Maklumla.. orang KL.. hu hu..

  3. mywanfai permalink*
    July 26, 2009 12:07 am

    manlukeman,
    bosan tahap cipan nih

    akula,
    huhuhu… klcc pun dah bertahun2 tak pegi…

  4. taiko permalink
    July 30, 2009 9:02 pm

    sama la kita bro…dok penang dlu, ceria je…kena keja kat trengganu ni,bosan je…sama je hari2.membe2 skepala plak xde…boooosan…

  5. mywanfai permalink*
    July 30, 2009 10:16 pm

    taiko,
    hahaha… ada jugak orang yg senasib dengan aku…. sama la kita bro!

    • taiko permalink
      July 31, 2009 6:54 pm

      yela….aku mase memula tu seminggu sekali aku balik penang…lelama tu 2 minggu sekali,skang nih 3 minggu sekali…
      penat bro nak balik utaqa dr trengganu ni…8jam drive.mujur keja aku stail 4hari keja, 4 hari off…bebaloi jgk la balik penang…
      skang nih aku masey tecari2 hobi yang dapat membebaskan aku dari belenggu kebosanan tahap dewa nih….huhu…

      • taiko permalink
        August 3, 2009 3:52 am

        wayang kulit ada kot…jadik la tu.hehe….erm bosan lagi nih.balik penang la minggu depan.tringat kat char koey teow pmtg pauh….slurpppp!heheheh…

  6. mywanfai permalink*
    August 1, 2009 11:20 pm

    taiko,
    payah jugak kalau jarang-jarang balik penang, nanti hang dok teringat nasi kandaq je… hehehehe…

  7. akula permalink
    August 2, 2009 12:34 pm

    mesti bosan dok kelate.. wayang pon takdek.. hu hu~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: