Skip to content

Orang Kuning Di Manek Urai

July 20, 2009

Nampaknya aku masih belum mampu untuk berhenti dari bercakap mengenai Manek Urai… mungkin kerana tempoh hampir dua minggu berkampung di sana menyebabkan aku punya banyak pengalaman dan kenangan untuk dikongsi.

Aku bukan nak cerita hal politik, tapi mengenai coverage handphone kat sana… aku sendiri tak sangka, rupa-rupanya line Digi yang aku guna memang powerfull kat Manek Urai, hahaha… kalah Maxis dan Celcom!

Yellow man

Yellow man

Rupa-rupanya ‘orang kuning’ memang berada di merata ceruk Manek Urai kecuali di Lata Rek je line kejap ada, kejap takde… mungkin ‘yellow man’ takut kot sebab Lata Rek tu memang kawasan kubu kuat Pas… hahaha

Paling lawak… line Celcom yang kononnya liputan paling hebat dan meluas kat Malaysia ni boleh takde coverage kat Kampung Temalir, Manek Urai… habis semua kawan-kawan yang pakai Celcom terputus hubungan dengan dunia luar, tapi aku pulak dengan selambanya boleh hantar SMS kat bini…

Bercakap soal syarikat telekomunikasi ni… aku dari dulu memang bengkek dengan Celcom ni… penipu besar! aku pernah guna line Celcom masa mula-mula pakai handphone sekitar tahun 2001…

Kononnya pendaftaran percuma, tapi bila sampai bil, banyak na caj tersembunyi… bil yang sepatutnya cuma RM80, boleh jadi sampai dekat Rm300… tak ke penipu tu!

Dah lah tu, bila nak buat call je, mesti network busy… bila bayar bil pulak, selalu system down… jadi terpaksalah bayar secara manual…

Ops… dah lari topik pulak… aku ni kalau bukak cerita pasal Celcom, mula lah aku nak naik angin…

Anyway, terima kasih Digi kerana tak menyusahkan aku sepanjang bertugas di Manek Urai.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: