Skip to content

100 hari yang lalu…

July 16, 2009

Beberapa hari lalu genaplah 100 hari kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak… ada yang menganggap tempoh itu sebagai membanggakan, tetapi ada juga mengganggapnya gagal… masing-masing punya pandangan.

Tentunya tempoh 100 hari adalah waktu yang singkat untuk menilai berjaya atau tidak sesebuah pemimpin itu, apa lagi beliau memimpin sebuah kerajaan dalam negara yang sedang mengalami perubahan lanskap politik selepas 50 tahun Merdeka.

Ok lah… apa pula yang kita lakukan dalam tempoh 100 hari… ada orang kata kenapa kena buat ukuran dalam 100 hari… kenapa tak sebulan, dua bulan, 40 hari atau 44 hari… lagi sekali terpulanglah kepada pandangan dan pendapat masing-masing.

Cuma… mengikut adat resam dan budaya orang Melayu, jarang sekali 100 hari dijadikan ukuran atau panduan… tapi orang Melayu ni entah kenapa suka sangat dengan angka 44…

Kalau berpantang tu mesti kena 44 hari… kenapa mesti 44?… Itu yang disebut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Mej Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom dalam ucapannya di satu majlis di Manek Urai minggu…

Katanya, kalau mengikut fiqah, berpantang selepas bersalin cuma 40 hari… tapi entah kenapa wanita Melayu seperti ada perjanjian dengan bidan,  lepas bersalin je mesti kena berpantang 44 hari..

Tak kisahlah, bukan mudarat pun… sekarang ni pun pekerja swasta dan kerajaan diberi cuti bersalin 60 hari…

Lagi satu, orang Melayu ni selalu sebut simpang malaikat 44… sepatutnya orang Islam nak dekat dengan malaikat yang kerjanya menurut perintah Allah sepanjang masa, ni orang Melayu minta simpang pulak…

Berbalik kepada 100 hari tadi… sepanjang tempoh 3 bulan 10 hari tu, aku rasa banyak masa aku dihabiskan dengan kerja, kerja dan kerja termasuk berulang-alik ke Manek Urai.

Dalam tempoh yang sama jugak aku masih belum berjaya menurunkan berat badan dan dalam 100 hari tu, takde sehari pun yang aku luangkan untuk bersukan… so… apa yang anda lakukan dalam 100 hari yang lalu??…

3 Comments leave one →
  1. July 17, 2009 3:47 pm

    owh, cik myzira baru bercuti selama 78 hari… waaaaaaaaaaa lame tuuuu tapi tak berjaya pun turunkan berat badan…. eh, selamat hari jadi ye Penulis Resah!~

  2. July 17, 2009 9:37 pm

    ooo..ini entry ye..best..best..best..sah ko dgr ceramah khir baharum..muahahhaa

  3. mywanfai permalink*
    July 17, 2009 11:25 pm

    myzira,
    eh bukan dah START sejak datang kelantan hari tu ke??… huhu

    menlukeman,
    bukan ceramah, forum perdana… hahaha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: