Skip to content

Dari Man U ke Newcastle

July 15, 2009

Berakhirnya pilihan raya kecil Manek Urai semalam, bermakna selesailah kerja aku dan rakan setugas lain selepas hampir dua minggu bekerja keras dan berkampung di Manek Urai…

Maka, hidup aku kini kembali seperti sedia kala… dari Man U kembali ke Newcastle… pagi masuk ofis, lewat petang balik rumah…

Manek Urai adalah pengalaman pertama aku cover pilihan raya kecil… sebelum ni dah banyak cover politik dari pilihan raya umum 2008, muktamar pas, perhimpunan agung Umno dan macam-macam lagi…

Walaupun penat, dapat jugak pengalaman berharga cover pilihan raya kecil yang cukup sengit macam Manek Urai… bagus untuk skop kerja aku sebagai wartawan…

Pada mulanya pilihan raya ni berjalan aman, lancar dan tenang… tapi bila masuk fasa kritikal, jalan dah mula sesak teruk, sampai aku terpaksa berjalan kaki 4 kilometer untuk cover ceramah Pas yang dihadiri Tok Guru Nik Aziz dan Anwar Ibrahim! Perghhhh… sampai hari ni lenguh-lenguh tak hilang!

Kesesakan teruk di Manek Urai... pix by manlukeman

Kesesakan teruk di Manek Urai... pix by manlukeman

Bab cover ceramah ni, ada yang best… ada jugak yang membosankan… nak nak bila yang bagi ceramah tu cuma penceramah cap ayam!… dah lah takde kredibiliti dan nama dia pun orang tak kenal… tapi hentam orang bukan main lagi… aduh, salah strategi la bang!

Masa hari pengundian, ada pulak kecoh sampai bergaduh… baling botol, kayu, batu… ni semua kerja orang tak bertamadun… come on lah! kita ni sama-sama Melayu, sama-sama Islam… takkan sebab politik pun sampai sanggup nak buat perangai macam tu!

Petugas media lepak di pusat penjumlahan undi

Petugas media lepak di pusat penjumlahan undi

Paling mendebarkan bila masa pengundian tamat jam 5 petang… masa tu dengar macam-macam rumours… orang ni kata Pas menang dengan 2,000 majoriti… orang tu kata BN menang dengan 1,000 undi… memang suspen!

Bila dah pukul 8 lebih, ramai orang cakap Pas menang dengan undi tipis termasuk penyokong Pas dan wartawan dari Harakah… ada jugak termasuk SB cakap BN tengah leading dengan 30 undi…

Tapi yang kelakarnya, ada sorang brader ni dengan konfidennya kata Pas menang dengan majoriti 1,800 undi walaupun semua orang termasuk pemimpin Pas pun kata Pas menang tipis…

Last-last bila keputusan rasmi diumumkan, calon Pas, Abe Uji diumumkan menang dengan majoriti 65 undi…

Di kalangan wartawan, ada yang nak Pas menang sebab dah tak larat nak berulang-alik lagi ke Manek Urai… yea lah kalau menang dah tentu ada macam-macam majlis… rasmi tu lah, majlis pecah tanah lah, letak batu asas lah…

Ada jugak yang nak BN menang… kalau BN menang, bertambah lagi lah OT dan semakin lebatlah mileage…

Anyway tahniah kepada Abe Uji kerana terpilih menjadi wakil rakyat… tahniah juga kepada Tuan Aziz kerana memberikan tentangan sengit…

Oleh kerana badan dah terlalu letih, kepala otak pun dah penat cover pilihan raya ni, tak termasuk berulang-alik 200 kilometer 3 4 kali seminggu ke Manek Urai sejak hampir dua bulan lepas, maka aku dah merancang untuk membawa anak bini bercuti selama 3 hari ke Penang minggu depan…

Tak sabar rasanya nak pekena nasi kandaq Penang… ada sesiapa nak join??

5 Comments leave one →
  1. akula permalink
    July 16, 2009 1:00 am

    nak ikott!

  2. Educator 2009 permalink
    July 16, 2009 7:34 am

    Apsal wartawan sorg tu dari dulu lagi cheq tgk asyik pakai baju hijau tu je..semangat Pas ke, atau mmg tshirt faveret??huhu~

    G penang??? kirim salam jela kt org2 penang noo..cik myzira meti nk ikut tu..nk pekena tomyam penang yg dikatakan paling sedap di msia..mmm..sdp la sgt..

  3. mywanfai permalink*
    July 16, 2009 12:15 pm

    akula,
    jom la… aku nak gi 24,25,26 Julai (Jumaat, Sabtu, Ahad)….

    educator 2009,
    baju lain banyak… tp tinggal kaler hijau tu je yang muat…

  4. July 17, 2009 9:33 pm

    gamba aku jugak yg xde..misteri tul la…

  5. mywanfai permalink*
    July 17, 2009 11:28 pm

    manlukeman,
    bukan ke ko yg jadi tukang amik gambar??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: