Skip to content

Sudahkah anda membayar PTPTN?

July 4, 2009

Ketika mula menyambung pangajian dalam peringkat diploma di UiTM 12 tahun lalu, aku mendapat biasiswa penuh daripada mak dan abah… terima kasih mak, terima kasih abah…

Ada beberapa kawan aku pulak dapat biasiswa JPA yang jumlahnya beribu-ribu ringgit walaupun diorang tu pada masa yang sama tetap mintak duit dari mak bapak jugak… tapi aku tengok diorang tak guna pun untuk beli buku, bikin motor dengan buat belanja awek ada lah.

Ketika melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah dari Disember 2000 hingga Oktober 2003, juga di UiTM Shah Alam, aku mendapatkan pinjaman PTPTN kononnya kerana tak nak menyusahkan mak bapak…

Tapi sudahnya tiap-tiap minggu aku tetap jugak meminta wang ihsan mak dan abah… sekali lagi terima kasih mak, terima kasih abah… entah kenapa lah duit asyik tak cukup je masa tu… nak kata belanja awek, sikit-sikit tu ada lah…

PTPTN

PTPTN

Masa dulu, bila bukak je semester baru, saat yang paling best sekali bila duit PTPTN dah masuk… yahuuuuu… time tu mula lah beli baju baru, pergi tengok wayang, tukar aksesori kereta, makan besar dengan kawan-kawan… cuma aku baik sikit tak pernah guna duit tu untuk beli handphone…

Tapi… memang duit PTPTN yang kerajaan bagi pinjam tu aku dah salah guna sebab banyak dihabiskan kat benda yang merapu… kalau buat beli buku pun aku ingat baru dalam RM200-RM300 je satu semester kot!

Bila dah habis belajar, bila dah mula kena hidup berdikari tanpa harapkan bantuan kewangan dari mak dan abah, baru lah aku sedar susahnya nak cari duit… dengan nak bayar bil handphone, sewa rumah, duit kereta, bayar itu, bayar ini…

Masa mula-mula kerja pulak gaji tak seberapa, nak simpan memang tak boleh… dan aku paling fobia sekali bila dapat surat yang kat bahagian sampulnya tertulis ‘URUSAN SERI PADUKA BAGINDA’… tengok je sampul surat tu aku dah tau ia datangnya dari PTPTN nak tuntut hutang.

Masa tu boleh dikatakan tiap-tiap bulan aku terima surat PTPTN yang nak saman kalau aku tak jelaskan bayaran balik, mak pulak orang yang paling risau dan sentiasa mengingatkan aku supaya bayar walaupun dengan jumlah yang sedikit… Tapi aku still buat tak tau je sebab semua kawan aku pun macam tu jugak, tak nak bayar lagi…

Suatu hari sekitar hujung tahun 2006 iaitu selepas tiga tahun aku menamatkan pengajian tanpa membayar sesen pun duit PTPTN, entah macam mana aku tergerak nak check jumlah hutang keseluruhan aku tu…

Rupa-rupanya, jumlah hutang aku dah meningkat RM2,500 iaitu dari RM18,500 kepada RM21,000… mak aii… memang cekik darah PTPTN… mana taknya, caj pentadbiran je dah dekat RM50 tiap-tiap bulan…

Sambil berada dalam keadaan marah, aku akhirnya membuat keputusan untuk mula membayar duit tu bermula pada Disember 2006… walaupun perit sebab masa tu aku dah hidup berumah-tangga, tapi aku gagahkan jugak untuk bayar tiap-tiap bulan.

Alhamdulillah, berkat kesabaran aku berjaya bayar hutang PTPTN ni secara konsisten tiap-tiap bulan dan jumlah hutang aku kini dah berkurangan walaupun sebenarnya aku ingat ada lah dalam tiga tahun lagi baru settle… itu pun kalau tak terlepas bayar tiap-tiap bulan… tak kisahlah janji dah kurang!

Moral of the story, janganlah pinjam PTPTN kalau setakat nak buat enjoy… ini lah yang dinamakan bersenang-senang dahulu, bersusah-susah kemudian…

Kepada yang belum bayar tu, aku nasihatkan bayar lah segera walaupun dengan jumlah yang kecil… dah ada kawan aku tak dapat pergi trip oversea sebab tak bayar PTPTN dan ada jugak kawan aku yang dah naik court sebab tak pernah bayar PTPTN walaupun dah bertimbun terima surat amaran!

Cuma… apa yang aku pelik, hutang kad kredit jugak yang tak surut walaupun aku bayar secara konsisten jugak tiap-tiap bulan, makin bertambah lagi ada lah… aduh! bila lah nak bebas dari belenggu hutang??…

Ok lah nak tidur dah, esok pagi-pagi kena pergi Manek Urai!

12 Comments leave one →
  1. July 5, 2009 5:00 pm

    cik permata belum keje lagi..tapi hutang ptptn rm 28 ribu..itu belum masuk caj2 + mungkin juga riba’ segala macam lagi…aduh!…jom carik kerja!

  2. July 5, 2009 7:35 pm

    Kepada cik permata nusantara hutang wajib dibayar walaupun tidak dituntut…macam saya dengan penulis resah RM50 pun bayar tau…kerja tu ada dimana-mana carik je la..hehehe.

  3. cik.ptd permalink
    July 6, 2009 8:29 am

    fuh! nasib baik cik ptd terselamat lagi pergi oversea.. huhu

  4. mywanfai permalink*
    July 6, 2009 11:20 pm

    permata nusantara,
    mak ai, banyaknyeee…..

    pak cik din,
    eh tak reti2 nak bayar ke?? hehehe

    cik ptd,
    kalau tak bayar lepas ni lupakanlah athens… hua hua hua

  5. akula permalink
    July 8, 2009 12:52 am

    umm cik ptd.. skang ni dia bagi la ko jalan cukup2.. esok2 sampai masa bila ko dah sengkek.. masa tu kalu dia tibai potong tunggakan.. menangis tak belagu kome.. jangan kata Athens.. Selayang Mall pun takut nak pegi nanti hu hu~

  6. Educator_2009 permalink
    July 8, 2009 11:05 am

    nasib baik cheq dapat tajaan kementerian pelajaran..
    tak penah pikiaq pulak pasal nak bayaq PTPTN nih..cume dah mula terpikiaq camne nak bagi duit raya tahun ni…posting pun tak tau bila nihh…hmm…

  7. wafa permalink
    July 9, 2009 9:23 am

    Aku pun gerun jugak nengok utang PTPTN…tapi bayar jerla..sebulan RM 100 jer.. tapi ada gak org yang utang dengan PitPitTN tapi buat dek jer.. hu..hu..

  8. cik.ptd permalink
    July 9, 2009 9:35 am

    hutang PTPTN berkurang.. hutang PBT pula bertambah.. huhu..

  9. akula permalink
    July 9, 2009 3:01 pm

    eh first time aku dengar pasal PitPitTN nih… sejak bila ko jadi Along nak tolong nih?

    p/s: Walaupun nama glemer aku ‘along’.. tapi hutang sendiri, sendiri la bayar yer.. tak kuasa aku nak tolong.. hu hu~

  10. Educator_2009 permalink
    July 13, 2009 9:38 am

    eh kakak, ada surat sampai kat umah..rasenye dari bahagian pinjaman kementerian pendidikan…~lalala…

  11. akula permalink
    July 13, 2009 11:56 pm

    Huh? Dia nak apa lagi? Tiap2 bulan skang aku bayar lima ratus hengget tak miss tau. Mintak diskaun pun tak jawab2. Hampeh!!

  12. halimzaki permalink
    March 25, 2010 10:22 pm

    Salam…
    Alhamdulillah,berkat kesabaran aku masa mengaji di Uitm Arau dulu,aku x jadi pinjam PTPTN malah aku dapat biasiswa JPA. Kalau X silap,4 kali aku beli borang PTPTN tapi 2 aku bagi orang lain,2 lagi aku simpan jerk dalam loker kolej Demak… Selama stahun stengah gakler aku dibiayai sepenuhnya oleh biasiswa FAMA… FAther n MAther…. Terima kasih mak dan ayah..

    Aku jadi acuh x acuh utk pohon sebab ada riba dan masa tu menjadi pertikaian hangat. Mungkin rezeki aku kot, kuar je borang JPA kat paper,aku fotostat dan isi. Terus dapat….
    Skang aku tenang tanpa hutang PTPTN.

    Kepada kawan2 yang nak cari duit lebih utk bayar segala jenis hutang,jomla kita bersama2 mejadi Wealth Planner di Prudential BSN Takaful. Berniaga dan menolong orang. Berniaga dengan menjadi agen untuk insuran takaful dan menolong orang dengan memberi kesedaran kepada mereka tentang kepentingan bersedia demi masa susah sendiri.

    Pendek kata,KERETA PUN ADA INSURAN,KITA YANG JAUH LEBIH BERHARGA DARI KERETA PUN TAK ADA INSURAN.. FIKIR2KAN…
    Email saya halimi82@yahoo.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: