Skip to content

Cerita tentang durian

July 2, 2009

Sejak seminggu lepas, cerita pasal durian tiba-tiba jadi perbualan hangat di kalangan rakan-rakan kat ofis aku… eh, bukan buah durian, tapi sebab masing-masing tersenyum lebar dapat durian runtuh… masyukkkkk…

Sebenarnya entry ni bukanlah pasal hal kat ofis aku… tapi aku nak cerita mengenai raja buah – durian…

Durian

Durian

Masa kecik-kecik dulu aku memang suka sangat makan buah durian… setiap kali tiba musim buah, masa yang paling ditunggu-tunggu adalah saat menikmati keenakan buah durian…

Dulu, bila tiba musim buah, abah mesti borong durian kat pasar borong Selayang… apa lagi, kami sekeluarga pun bedal tak ingat… punyalah suka makan durian sampai aku pandai kopek sendiri durian tu terutama tengah malam time semua orang tido…

Tapi aku cuma suka makan buah je, aku tak suka langsung bila durian ni dibuat masakan lain macam pulut durian… uwek… lagi satu aku tak suka cikedis perisa durian yang plastik dia kaler oren ke kaler kuning tu…

Entah kenapa bila dah besar, minat terhadap durian dah semakin kurang… aku dah tak heran nak makan durian… bila tiba musim buah pun, aku tak pernah teringin nak makan durian, seingat aku dah bertahun-tahun jugak aku tak makan durian…

Pernah dua tahun lepas aku tension bila bini aku bawak balik durian kat rumah… tak tahan aku dengan bau durian tu sampai aku suruh dia letak kat luar je jangan bawak masuk dalam rumah…

Tapi… tak tau kenapa tiba-tiba bila tiba musim buah kali ni aku teringin sangat nak makan durian… entah kenapa bila tengok orang jual durian kat tepi jalan, aku rasa durian tu macam melambai-lambai suruh aku beli…

Banyak kali jugak aku terasa nak beli, tapi teragak-agak dan akhirnya niat tu aku pendamkan… tapi malam semalam masa pergi KB Mall, lagi sekali aku terjumpa buah ni dijual kat pasar raya Pacific… apa lagi, aku pun beli lah buah durian yang dah siap kopek tuh…

Akhirnya… dapat jugaklah aku melepaskan segala yang terbuku di hati sejak sekian lama dengan menikmati buah durian tu… hmmmm… macam aku pulak yang mengidam!!! Opssss…

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: