Skip to content

Cabaran getir di Man U sudah bermula…

June 29, 2009

Semalam BN sudah mengumumkan nama bakal calonnya yang akan dipertaruhkan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai atau lebih mesra dengan panggilan Man U di kalangan kami orang media…

Minggu lalu Pas juga dah umum calon yang akan mewakili mereka… parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) juga dengarnya akan letak calon… mungkin juga akan ada calon bebas yang bakal mencuba nasib mengambil bahagian.

Dengan perkembangan terbaru ni, maka cabaran dan pahit maung dalam menghadapi pilihan raya kecil itu nanti khususnya di kalangan calon dan petugas parti yang bertanding sudah pun bermula walaupun tarikh penamaan calon akan hanya diadakan pada 6 Julai ini.

Bagi orang media… mulai semalam juga bermakna setiap hari kami akan berkampung di Man U hinggalah tarikh pengundian pada 14 Julai… maka bersedialah juga untuk berdepan pelbagai cabaran sepanjang tempoh lebih dua minggu akan datang…

Ops… aku tak nak cerita banyak pasal hal politik ni… aku dah kata sebelum ni, blog aku ni bukan blog politik… so aku tak nak ulas lah pasal calon, soal peluang parti mana yang lebih baik atau calon mana yang lebih layak… aku cuma nak berkongsi pengalaman yang aku lalui di Man U semalam…

Ceritanya macam ni… kepada sesiapa yang rasa-rasa nak ke Man U sama ada kerana bertugas atau suka-suka nak merasai kemeriahan suasana pilihan raya, aku nasihatkan supaya bersedialah untuk membayar harga makanan dengan mahal walaupun makanannya tak sesedap mana…

Hari ni je aku dan seorang rakan terpaksa bayar RM17 untuk dua pinggan nasi ayam, dua gelas limau ais atau singha beng bak kata orang Kelantan serta semangkuk sup sayur… hmmmm… yang ni aku tak kisahlah sangat, nak buat macam mana kan, dah musim pilihan raya…

Tapi apa yang mendukacitakan, ada pulak lalat yang dah mati timbul kat permukaan gelas air yang aku order tu… yang tak tahannya, aku sempat pulak teguk air tu tanpa menyedari ada lalat kat dalam gelas tu… uwek!

Apa yang berlaku tu sebenarnya dah potong mood aku nak makan, tapi dek kerana perut lapar tak terhingga… aku pun bedal jugak lah nasi ayam tu… tapi sekali lagi aku berdepan cabaran yang besar bila aku dapati ada pulak plastik kecik kat celah-celah nasi tu… macam mana lah plastik pun boleh ada celah nasi ayam daaaa…

Aku pun buanglah plastik tu, tapi ada lagi yang aku jumpa… tengah-tengah menyuap makanan, ada pulak sehelai rambut kat celah-celah nasi tu lagi… aduhhh… sekali lagi aku rasa macam nak muntah…

So moral of the story, berhati-hatilah ketika menjamu selera di mana jua anda berada… selak-selak lah dulu air dan nasi yang anda order bagi memastikan ia benar-benar bersih dari anasir yang tak diingini… uwek!

Memang benar cabaran getir di Man U sudah bermula…

4 Comments leave one →
  1. June 29, 2009 3:05 pm

    ish.. aku yang baca post ni pun rasa nak muntah. Tu makanan yang dah terhidang dalam pinggan. Kalau ko jengah dapur dia entah camana lah agaknya. Hilang selera aku. Apa kata lepas ni ko bawak bekal?

    err… rasanya malam ni nak masak mi kari udang la. Asyik makan nasik aje bosan jugak. hu hu..

  2. June 29, 2009 4:35 pm

    sama la kita ‘bergetir’..

  3. mywanfai permalink*
    June 29, 2009 10:41 pm

    akula,
    dah lama tak makan udang… rasa udang macam mana pun aku dah lupa

    manlukeman,
    sampai skrg tak nampak batang hidung kat mu?

  4. July 1, 2009 8:02 am

    hu hu~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: