Skip to content

Tribute to Michael Jackson…

June 26, 2009
Michael Jackson

Michael Jackson

Fakta mengenai Jacko…

  • Jacko pernah mengadakan konsert selama 2 malam di Stadium Merdeka pada 27 dan 29 Oktober 1996
  • Kehadirannya menerima banyak bantahan dari pelbagai pihak hingga dianggap konsert paling kontroversi pernah diadakan di Malaysia
  • Ia mulanya dilarang tetapi Kabinet akhirnya membenarkannya manakala kerajaan Selangor tetap dengan keputusan tidak membenarkan konsert Raja Pop itu diadakan di Shah Alam
  • Pengikut sebuah parti politik mengadakan tunjuk perasaan membantah konsert itu
  • Bagaimanapun konsert diteruskan juga dengan kawalan ketat dan ditonton pelbagai kaum, agama dan peringkat termasuk yang cacat anggota
  • Ramai yang datang dari jauh malah ada yang datang dari Jepun khusus untuk menonton konsert itu
  • Antara orang ternama yang menonton ialah Raja Permaisuri Agong dan Sultan Perak serta Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, Datuk Sabbaruddin Chik
  • Ramai pihak menganggap konsert itu sebagai satu-satunya peristiwa yang bersejarah dalam tahun 1996!
  • Perbadanan Stadium Merdeka mengaut keuntungan sebanyak RM1.2 juta hasil daripada pertunjukan dua malam itu
  • Ia disaksikan kira-kira 80,000 penonton dari dalam dan luar negara
  • Hampir 10,000 penonton yang tidak bertiket sanggup menunggu persembahan konsert raja pop dunia Michael Jackson di luar Stadium Merdeka
  • Jacko yang pulang ke tanah airnya turut membawa sepasang baju Melayu berwarna hitam, samping hitam dan selendang keemasan yang ditempah khas dari Den Wahab sebagai cenderamata negara ini
  • Michael sempat menghadiri majlis makan tengah hari bersama 100 kanak-kanak dari Rumah Ozanam, Tasputra Perkim dan Persatuan Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan di Hard Rock Cafe sebelum berlepas pulang
  • Dia juga menghadiahkan anak patung dan alat permainan kepada kanak-kanak itu yang dibelinya di Toys R’Us di One Utama
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: