Skip to content

‘Orang yang ada blog’…

June 25, 2009

Aku tak berapa nak ingat tarikh yang tepat, tapi bulan Jun menandakan genap setahun aku jadi blogger… blogger ke?? tak kot… penulis blog je kot… title blogger tu mungkin untuk orang-orang yang hebat dan ada ramai followers serta blognya pulak hits tinggi sampai berjuta-juta…

Mungkin aku ni cuma layak digelar ‘orang yang ada blog’ je kot… tak kisah lah kan… janji ada blog!

Aku tulis blog ni bukanlah bertujuan nak hentam sesiapa… bukan nak fitnah sesiapa… bukan nak burukkan sesiapa… bukan untuk kepentingan politik… bukan sebab nak cari duit…

Senang cite aku menulis bukan kerana nama, eceh… tapi sekadar nak berkongsi cerita dan pengalaman… yang penting dapat mengisi masa lapang… 

Maklumlah duduk jauh di perantauan ni bukan ada rumah sedara-mara pun aku boleh pergi… nak tengok wayang pun bukan ada panggung wayang kat KB ni… jadi isi masa lapang dengan tulis blog je lah…

Pada mulanya address blog aku http://mywanfai.blogspot.com… tapi tak aktif… aku pun jarang update dan jenguk blog tu… selepas beberapa bulan beroperasi, akhirnya blog tu pun ditutup sebab aku rasa macam malas je nak menulis blog.

Tapi lebih kurang pertengahan bulan 10 2008, tiba-tiba semangat aku nak menulis blog kembali berkobar-kobar bila tengok rakan aku, manlukeman aktif update blog hari-hari…

Maka, pada 31 Oktober 2008, blog ni secara rasminya dilancarkan… mula-mula nama blog ni Hidup Mesti Terus… tapi rasa cam tak best je… memandangkan aku ni asyik resah gelisah je kalau tak mengadap blog dalam sehari, jadi aku pun menamakan blog aku dengan nama Penulis Resah…

Anyway, terima kasih kepada yang sudi menjenguk blog aku yang entah pape ni…

3 Comments leave one →
  1. meet uncle Jony permalink
    June 26, 2009 2:26 am

    Dear Penulis Resah,
    sama2, Keep it up…!!

  2. June 26, 2009 11:03 am

    mekaseh ye..kaulah penulis resah yg hebat…

  3. mywanfai permalink*
    June 26, 2009 1:56 pm

    meet uncle jony,
    siapa agaknya gerangan miss uncle jony ni?? misteri… anyway tq!

    manlukeman,
    tq tq tq

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: