Skip to content

Terbang bebas di angkasa…

June 22, 2009

Saat itu, aku terasa seperti di awang-awangan, seolah sedang terbang bebas di angkasa… nasib baik kaki masih mampu memijak tangga paling bawah, mujur tangan masih mampu menggenggam erat besi itu… jika tidak sudah tentu aku melayang… terbang jauh ke destinasi tak pasti…

Aku sempat menjeling ke arah Botak yang tersenyum kelat… hah, dia pun seperti aku seolah di awang-awangan… sesekali Botak memejamkan matanya… aku tak pasti sama ada kerana saat itu dirasakan terlalu indah atau anak matanya kepedihan dek pukulan asap yang menyesakkan…

Aku semakin kalut bila bas Len Seng no 71 itu berhenti lagi… konduktor bas bersuara, “Yang kat belakang tu masuk dalam lagi… boleh lagi tu, masuk dalam lagi…”

Tiba-tiba sorang brader berambut panjang dan berkaca mata hitam yang tak tumpah seperti Mael XPDC di depan aku bersuara, “Woi gila apa ni… aku dengan budak-budak ni dah macam nak terbang berdiri kat hujung tangga ni, korang boleh pulak ambil penumpang lagi…”

“Rileks brader… hah muat lagi tu… yang belakang tu masuk dalam lagi…” jawab konduktor bas selamba…

Manakala driver bas itu pula memainkan pedal minyak seperti tak sabar-sabar nak bergerak sambil kepalanya terangguk-angguk melayan lagu Biar Putih Tulang nyanyian kumpulan Dinamik yang dipasang bingit…

“Sabar lah Botak… tak jauh dah ni… kalau jalan tak jem, 15 minit lagi sampai lah… sementara tu, pegang palang besi tu kuat-kuat tau,” kata aku kepada Botak…

Peristiwa lebih kurang 15 tahun lalu itu masih segar dalam ingatan…

4 Comments leave one →
  1. June 22, 2009 10:21 pm

    main suke ye ko cite psl kwn botak ko nih..hehehhee..

  2. mywanfai permalink*
    June 22, 2009 11:38 pm

    manlukeman,
    banyak kenangan bersama beb…

  3. June 23, 2009 12:09 pm

    Hah, kat mana lokasi kejadian?
    Kat penang pun serupa juga.
    Pentingkan keuntungan dari keselamatan penumpang, huh!.

    Salam melawat~

  4. mywanfai permalink*
    June 24, 2009 2:59 pm

    NorhasnahZ,
    kat KL… thanks!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: