Skip to content

Aku akan ke MU lagi…

June 16, 2009

Selain ke Dubai, Thailand dan Jakarta, aku sebenarnya pernah menjejakkan kaki ke MU 2 tahun lepas… aku ke sana bukan nak tengok bola sebab aku memang tak minat langsung dengan team MU ni… anyway aku ke sana kerana tugas…

Aku akui pengalaman bertugas di MU 2 tahun lalu tu adalah sesuatu yang sukar dan mencabar yang tak mungkin dapat aku lupa sampai bila-bila… tapi aku mengambilnya sebagai satu pengalaman berharga terutama dalam skop bidang tugas aku selaku wartawan…

Kesibukan tugas di sana menyebabkan aku tak sempat nak berjalan-jalan, apa lagi nak beli buah tangan untuk dibawa pulang untuk keluarga, sanak-saudara dan sahabat handai…

Nak melawat padang latihan dan berjumpa dengan pemain dah sah-sah lah tak sempat… tapi aku tak kisah pun… macam aku cakap tadi… aku tak minat pun dengan team MU ni…

Oh ya… sebelum aku terlupa, jangan terkejut kerana korang takkan rasa terasing bila berada di MU sebab kat sana makanan Malaysia memang mudah ditemui… nak makan lemang pun ada beb! Cayalah… rakyat Malaysia jual lemang di MU, gempak siot…

Bulan depan, aku akan ke sana sekali lagi… aku dapat membayangkan kesukaran serta cabaran besar yang bakal aku tempuhi sepanjang bertugas sempena pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai…

Penulis Resah (kiri), ketika cover keretapi terbalik di MU 2 tahun lalu

Penulis Resah (kiri), ketika cover keretapi terbalik di MU 2 tahun lalu

kehangatan pilihan raya kecil MU makin terasa

kehangatan pilihan raya kecil MU makin terasa

One Comment leave one →
  1. June 16, 2009 11:34 am

    hahahha..ko klaka..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: