Skip to content

Wanita terlepas naiki Air France mati kemalangan

June 14, 2009

RIO DE JANEIRO: Seorang wanita Itali yang terlewat menaiki penerbangan Air France yang terhempas di Lautan Atlantik minggu lalu, menemui ajal apabila terbabit dalam kemalangan kereta.

Johanna Ganthaler, pesara dari wilayah Bolzano-Bozen sedang bercuti di Brazil bersama suaminya, Kurt. Mereka terlepas penerbangan Air France 447 apabila terlewat tiba di lapangan terbang Rio de Janeiro, 31 Mei lalu.

Agensi berita ANSA melaporkan, pasangan terbabit menaiki pesawat penerbangan lain dari Rio de Janeiro keesokan harinya.

Malangnya, Ganthaler mati selepas kereta yang dinaiki di Kufstein, Austria, kemalangan. Suaminya pula cedera parah.

Pegawai keselamatan Perancis dan Amerika Syarikat berkata, setakat ini tiada petanda menunjukkan nahas Air France itu disebabkan tindakan pengganas.

Menteri Pertahanan Brazil juga menekankan bahawa kemungkinan itu tidak pernah dipertimbang, meskipun Perancis tidak menolaknya.

Penulis Resah: Macam dalam filem Final Destination lah….

Final Destination

Final Destination

3 Comments leave one →
  1. June 14, 2009 10:43 pm

    malam tadi mimpi terlepas kapal terbang ke Kelantan lah… ish3..~ mimpi kan mainan tidur..~

  2. June 15, 2009 6:41 pm

    mimpi pun boleh jadi kenyataan kalau tak beringat.. hu hu~

  3. mywanfai permalink*
    June 16, 2009 1:03 am

    jadi kenalah beringat… huhu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: