Skip to content

Blues entah apa-apa!

June 11, 2009

Selalunya orang akan mengalami satu perasaan yang dipanggil ‘Monday Blues’… aku pun tak pasti sangat apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan Monday Blues ni… maklumlah zaman cheq dulu takde lagi PPSMI…

Tapi apa yang aku faham, Monday Blues ni dikaitkan dengan rasa malas + tertekan + tak seronok + takde mood + amai-amai… Seseorang tu akan  mengalami Monday Blues bila kembali bekerja pada hari Isnin selepas cuti dua tiga hari atau cuti dalam tempoh yang agak lama…

Bagi aku pulak, sejak menempuh alam pekerjaan 6 tahun lepas, aku tak pernah alami apa yang dikatakan Monday Blues… tiap-tiap hari sama je, takde beza… lagi pun off day aku tak menentu, hari bekerja pun tak menentu jugak… time orang cuti aku keje, time orang keje aku cuti… jadi Monday Blues ke apa blues ke sama je…

Cuma aku selalu mengalami perasaan blues ni bila lepas balik dari kampung halaman selepas bercuti panjang… mana taknya, tengah-tengah seronok menghabiskan masa bersama keluarga dan sahabat handai sambil melakukan aktiviti percutian yang menyeronokkan, tiba-tiba kena kembali bekerja nun jauh di perantauan…

Biasanya perasaan blues tu aku start rasa masa hari terakhir cuti aku… ha masa tu aku dah mula rasa tak sedap hati, apa yang dibuat mesti rasa macam ada je benda tak kena dan blues tu semakin bertambah bila aku kembali bekerja dan berada di ofis…

Bila masuk je ofis lepas bercuti panjang, mesti aku rasa takde mood… rasa macam blur tak tau nak buat apa… masa tu mulalah fikiran aku ni kembali terkenangkan kampung halaman… biasanya rasa blues ni aku akan rasa sampai dua tiga hari, lepas tu baru lah mula rasa ok balik…

Kesimpulannya, aku tak mengalami Monday Blues… masalahnya, blues apakah yang selalu aku alami tu??… adakah Blues Untuk Aku??… Blues Gang??… Still Got The Blues??… Aku hidup Dalam Blues??…

Blues Untuk Aku

Blues Untuk Aku

Sampai bila lah aku kena rasa benda-benda macam ni??… atau mungkinkah aku sepatutnya menjadi Penulis Blues

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: