Skip to content

Kurangkan belanja melalui kebun sayur di rumah

May 27, 2009

KULIM 24 Mei – Kerajaan menggalakkan penduduk kampung termasuk mereka yang diberi penempatan oleh kerajaan supaya mengamalkan konsep kebun sayur untuk mengurangkan perbelanjaan dapur.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Kemajuan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, konsep itu memerlukan suri rumah menanam pelbagai jenis sayuran bukan sahaja untuk menambah pendapatan sebaliknya untuk kegunaan sendiri.

“Kita menggalakkan penduduk kampung menanam sayur-sayuran hanya di belakang rumah untuk kegunaan sendiri dan mengurangkan perbelanjaan harian,” katanya ketika berucap semasa melawat Desa Keda Kampung Nagalilit dekat sini hari ini.

Tambah Mohd. Shafie, penduduk penempatan Keda di negeri ini telah melaksanakan konsep tersebut dan didapati mampu menambah pendapatan keluarga.

Menurutnya, kementerian bukan sahaja membina rumah malah menyediakan tanah untuk penduduk terbabit bercucuk tanam bagi menambahkan peluang ekonomi keluarga.

Sehubungan itu katanya, kementerian akan terus membantu penduduk terutama golongan miskin mendapat bantuan bagi memberi kemudahan dan keselesaan kepada mereka. – Utusan Malaysia

Penulis Resah: Aku dan isteri pun baruĀ  je amalkan konsep sayur di rumah untuk jimatkan kos dan kami namakannya sudut herba yang dimulakan bagi mengisi masa lapang sejak beberapa minggu lalu…

Buat permulaan kami tanam pokok cili, ulam pegaga, serai, daun pandan dan daun kari seperti tertera dalam gambar di bawah…

Sudut herba

Sudut herba

3 Comments leave one →
  1. May 28, 2009 5:34 pm

    aik.. sejak bila penulis resah pandai makan sayur? hu hu..

  2. mywanfai permalink*
    May 29, 2009 3:13 am

    akula,
    sejak asid uric tinggi

  3. December 9, 2009 10:10 am

    memang betul pun makan sayur ni elok….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: