Skip to content

Badri Ibrahim yang sempoi

May 25, 2009

Terus terang aku memang tak kenal langsung siapa Badri Ibrahim… kali pertama aku jumpa mamat ni lebih kurang awal tahun 2008 kat satu function Proton di Kota Bharu, dia ni PR Proton, so keje dia melayan kami reporter yang cover function tu…

Badri Ibrahim

Badri Ibrahim

Pertengahan bulan lepas atau lebih tepat lagi 15 April 2009, ketika menonton pelancaran Proton Exora di TV1, aku terpaku kejap depan tv bila tengok persembahan mamat yang menyanyi lagu tema Exora, Menawan Dunia… sedap jugak suara penyanyi nih…

Tapi… aku terasa macam pernah tengok penyanyi tu… tapi kat mana yea??… fikir punya fikir baru teringat rupa-rupanya mamat bersuara lantang yang menyanyi depan PM dan Tun Dr Mahathir tu adalah PR Proton, Badri Ibrahim.

Masa tu aku respek kat Proton sebab tak payah susah-susah keluar duit mahal-mahal nak bayar artis, pakai PR company je menyanyi lagu tema Exora! Tak sangka PR Proton ni pandai menyanyi…

Beberapa hari lepas tu, aku terbaca dalam akhbar mengenai Badri Ibrahim… laaaaa… rupa-rupanya mamat ni bekas peserta yang menang tempat kedua program My Star LG di TV3 pada 2007…

Terus terang aku memang tak tau dia ni penyanyi… maknanya masa pertama kali aku jumpa dia kat function Proton dulu pun dia dah bergelar artis… siap tercalon kategori Artis Baru Lelaki Popular dan Penyanyi Lelaki Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian lagi!

Hish nampak sangat aku tak ikut perkembangan dunia hiburan kat Malaysia ni… tapi memang patut pun sebab aku tak pernah follow pun program nyanyi-nyanyi kat tv… bukan setakat My Star LG… Mentor, Bintang RTM, Geng Starz dan segala mak nenek rancangan nyanyi-nyanyi lain memang aku tak tengok…

Tapi apa yang buat aku respek kat mamat ni, dia tetap maintain menjalankan tugas sebagai PR dengan baik walaupun pada masa sama bergelar artis dan dah glamer masuk tv serta membuat persembahan depan pemimpin negara.

Buktinya, dia tetap melayan segala kehendak reporter yang datang cover program Karnival Proton Bersama Rakyat di R&R Gemang di Jeli Sabtu lepas yang dirasmikan Datuk Mustapa Mohamed… daripada belanja makan sampailah mengatur sidang media bersama Datuk Pa dan Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.

Aku rasa, kebanyakan PR kat Kelantan ni kena banyak belajar dari Badri dan PR Proton yang lain bagaimana cara nak handle reporter… bukan lah nak kata reporter ni banyak songeh, tapi kadang-kadang tu jemput kita cover function dia bukan main, tapi bila dah datang, tempat duduk pun tak bagi…

Bukanlah nak layanan kelas satu, tapi bila dah jemput tu, at least sediakan lah apa yang patut macam press release, tempat duduk dan atur cara majlis… ini tidak, tengok reporter mencangkung atas lantai pun ada PR boleh lalu kat belakang buat tak tau je… aduh…

Anyway, thanks lah Badri sebab susah-susah bagi free kemeja Proton kat semua press yang datang hari tu… mahal tu baju tu… hehehe… lu memang sempoi lah… tak sia-sia aku jadi pemilik kereta Proton…

6 Comments leave one →
  1. May 26, 2009 12:23 pm

    walawei..kipas habis..beb..gua ade promote blog kt ade sorg minah nih..bersempena ko masuk entry nih..muahahahahaa

  2. mywanfai permalink*
    May 26, 2009 1:55 pm

    manlukeman,
    alamak macam kenal je sape minah tu…. huahaha

  3. Abang Zack permalink
    May 28, 2009 9:04 am

    Semoga si PR UMK ni dapat membaca entry pasal si mamat badri nih…Belajar le hormat perasaan si reporter cam kiter ni kan. Semoga si penulis tak marah lagi apabila mendengar nama UMK ni kan…

  4. mywanfai permalink*
    May 29, 2009 3:19 am

    abang zack,
    penulis tak lalu nak dengar nama umk

  5. rohaza permalink
    August 11, 2009 11:57 am

    Badri aka Bad ni dulu asalnya keje kat AirAsia..aku pernah gak deal dgn dia pasal contest la suatu waktu dulu…dulu dia biasa aje keje kat AirAsia tu..then dia keje Comm Depart kat DRB-HICOM tak silap aku…wife dia pun aku kenai (oopsss!!!)…kenai masa lum kahwin lagi pun..tgk depa ke hulu hilir bersama..then aku ada gak terbaca yg Bad ni ada masuk singing competition ..sampai pi oversea…tak hingat apa nak event tu…then nampak dia kat MY LG Starz pulak….tu serba sedikit…anyway dia memang peramah dan mudah mesra dgn orang….

  6. Tina Badri permalink
    October 27, 2014 12:40 pm

    kenapa ada (oopsss..oopssss pulak tu) bila sebut wife…hehehehe, anyway we are happily married and blessed with 3 beautiful babies. Alhamdulillah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: