Skip to content

Pilihan Raya Kecil N41 DUN Manek Urai

May 23, 2009
pilihan raya kecil Manek Urai

pilihan raya kecil Manek Urai

Sekali lagi pilihan raya kecil akan diadakan – yang ketujuh selepas Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai, manakala Penanti akan diadakan pada 31 Mei ini.

Kali ini ia akan diadakan di DUN Manek Urai dalam Parlimen Kuala Krai selepas penyandangnya, Ismail Yaakob, 60, dari Pas meninggal dunia semalam kerana sakit jantung – al-fatihah.

Manek Urai terletak kira-kira 100 kilometer dari Kota Bharu… kebanyakan penduduknya menjalankan kerja kampung dan menoreh getah… ada beberapa kampung yang hanya dihubungkan dengan laluan sungai dan tak mempunyai sebarang line telefon… 

Beberapa kampung di Manek Urai Lama pula dihubungkan oleh sebuah jambatan kecil yang mempunyai satu lorong, maknanya kalau ada kereta dari arah bertentangan lalu di situ, kereta dari arah satu lagi terpaksa tunggu hingga line clear.

Aku percaya bila tiba pilihan raya kecil nanti, banyaklah pihak yang berjanji itu ini… bina jambatan baru, besarkan jalan, itu lah… ini lah… tapi takpe, bila lagi orang Manek Urai nak dapat semua tu kalau bukan masa pilihan raya kecil.

Apa yang pasti, aku bersama wakil media termasuk agensi luar negara akan berkampung di Manek Urai sepanjang tempoh berkempen dan hari pengundian… aku pasti pilihan raya kecil Manek Urai penuh dengan cabaran…

Tapi sebelum tiba saat tu, aku sekarang ni pun dah susah hati… takut-takut cuti aku kena tarik balik… harap-harap tarikh penamaan calon dan hari pengundian diumumkan selepas cuti sekolah…

Alamak macam mana ni??… macam mana plan aku nak gathering dengan famili kat Melaka cuti sekolah ni??… Adoiiiii…

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: