Skip to content

Happy Birthday Arman

May 20, 2009

Pejam celik pejam celik, dah lebih setahun aku bergelar ayah… masih segar di ingatan saat menyaksikan sendiri kelahiran Arman yang disambut Dr Suziati di Kota Bharu Medical Centre tepat jam 3.47 petang 17 Mei tahun lalu.

Masih segar di ingatan saat manis membisikkan azan di telinga Arman… masih terngiang-ngiang di telinga saat pertama kali mendengar tangisan Arman… dan masih segar di minda saat pertama kali memangku Arman yang dilahirkan dengan berat 3 kilogram.

Ahad lalu genaplah setahun usia Arman… kebetulan tarikh lahir Arman jatuh pada tarikh yang sama dengan majlis perkahwinan adik aku… maka dapatlah kami sekeluarga menyambut birthday Arman dengan memotong kek yang dibeli last minit.

Kek Ben10 tak dapat, kek Donald Duck pun jadilah

Kek Ben10 tak dapat, kek Donald Duck pun jadilah

kakak Hannah, kakak Emilyn, kakak Hazeqah dan Abg Eimran pun join potong kek

kakak Hannah, kakak Emilyn, kakak Hazeqah dan Abg Eimran pun join potong kek

Selepas setahun bergelar ayah, barulah aku faham betapa sukarnya mak dan abah dulu membesarkan aku dengan penuh kasih sayang… barulah aku memahami tanggungjawab berat yang perlu dipikul sebagai bapa…

Setahun usianya, Arman kini dah boleh berjalan… dan mula pandai nak memanjat kerusi… dah pandai ketawa… dah pandai menyebut ‘ayah’… dah pandai salam cium tangan… dah pandai sepak bola… dah pandai merengek… dah pandai tampar nyamuk…

Tiada apa yang lebih istimewa apabila bergelar ayah… sesungguhnya Arman adalah kurniaan Allah yang paling berharga dalam hidup aku dan isteri…

kad dari Wan dan Tok Wan

kad dari Wan dan Tok Wan

hadiah dari Wan

hadiah dari Wan

hadiah dari Tok Wan

hadiah dari Tok Wan

hadiah dari Mak Ndak

hadiah dari Mak Ndak

hadiah dari uncle Farisya, auntie Julie & Fatin

hadiah dari uncle Farisya, auntie Julie & Fatin

P/S: Mak Long, Mak Ngah, Mak Itam, Mak Cik dan Mak Su jangan lupa hadiah Arman tak bagi lagi tau…. oooo nyamuk nyamuk nyamuk…

5 Comments leave one →
  1. May 20, 2009 9:47 am

    arman.. nanti kita selebret lagi sekali yer malong beli hadiah Ben10.
    p/s: yer.. belum lagi Arman minta PSP, laptop, Trak Transformers dan pelbagai hadiah yang mahal belaka.. Nanti dia bagi list of presents yang dia nak huhu~. Takpun moto TZM, jeket kulit, kete.. kuang kuang..Anyway Happy Birthday Arman.. Arman ni kiutla tapi bila nangis lagila kiut. he he

  2. wafa permalink
    May 20, 2009 2:14 pm

    Happy Birthday Arman.. Mak Ngah pun dah beli hadiah Ben10.. harap2 ayah Arman dah explain kat arman Ben10 tu apa..hu..hu.

  3. May 20, 2009 3:42 pm

    huhu…..hepi besday arman……haish..da kali ke berapa mak chik wish nih! mmg nangis lg bertambah kiuttt…huwaaaa…sampai sume org xberani dukung…huk3

  4. mywanfai permalink*
    May 21, 2009 1:48 am

    akula,
    PSP dengan laptop dah ada, trak transformers boleh carik kat wakaf che yeh… huahua

    wafa,
    tak sabar nak tengok hadiah ben10 dari mak ngah

    permata nusantara,
    hadiah makcik??

  5. cik.ptd permalink
    May 22, 2009 9:01 am

    hai nasib baik kali nie 1 hadiah je.. kalau tak mak ndak pun kena buat list juga untuk anak2 saudara yg lagi 4 tue.. barbie, ben10, kete win, puzzle, sticker.. huhu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: