Skip to content

Hari ini dalam sejarah… Dr M isytihar keluar Umno

May 19, 2009

ALOR STAR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga ahli Umno seumur hidup, semalam mengumumkan keluar daripada parti itu, berkuat kuasa serta-merta.

Dr Mahathir menegaskan, tindakan itu diambil kerana beliau hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan Umno sekarang, terutama Presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang didakwanya gagal memperjuangkan nasib bangsa Melayu.

“Saya dengan ini mengumumkan keluar parti hari ini sehingga Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah meletakkan jawatan,” katanya.

Beliau mengumumkan demikian di hadapan lebih 1,500 hadirin, kebanyakannya ahli Umno Kedah pada majlis dialog ‘Nasib Kedudukan Bangsa Melayu’ anjuran Dewan Perhimpunan Melayu Kedah (DPMK) di sebuah hotel di sini, semalam.

Berita Harian 20 Mei 2008

Bagaimanapun Dr Mahathir kembali menyertai Umno dengan menyerahkan borang keahlian kepada Datuk Seri Najib Razak pada 4 April lalu selepas Presiden Umno itu mengambil alih kepimpinan parti dari Abdullah.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: