Skip to content

Selamat Hari Guru… cikgu!

May 18, 2009

teacher1

Mungkin agak terlambat aku masukkan entry ni… tapi takpe lah… aku melalui hari-hari yang sibuk dan memenatkan sejak Jumaat lepas… kesibukan kerja dan kenduri kahwin adik aku serta perjalanan jauh Kota Bharu-Subang-Kota Bharu membataskan waktu untuk mengadap blog ni…

Aku nak ucapkan selamat hari guru kepada semua cikgu-cikgu kat Malaysia ni terutama cikgu yang pernah mengajar aku di Tadika Islam Kg Nakhoda (1985), SRK Selayang Baru (1986-1988), SRK Selayang Baru 2 (1989), SRK Kem Terendak (1989-1991), Sekolah Tinggi Melaka (1992), SM Gajah Berang (1992) dan SM Selayang Baru (1993-1996).

Terima kasih kepada Cikgu Hamid, Cikgu Shaharuddin, Cikgu Abu dan Cikgu Wong Poh Sim (SRK Kem Terendak)… terima kasih kerana membimbing kami hingga mencatat sejarah muncul juara pertandingan bola sepak peringkat daerah Masjid Tanah 1991.

Terima kasih kepada Ustaz Aziz yang bukan saja mengajar Pendidikan Islam, tapi bertanggungjawab mengubah posisi aku dari seorang pemain tengah kepada penjaga gol ketika mewakili pasukan bola sepak SRK Selayang Baru 2 pada 1989.

Terima kasih kepada Cikgu Ishak Ismail (SM Selayang Baru) sehingga aku mendapat A1 subjek Ekonomi Asas dalam SPM 1996.

Terima kasih kepada Cikgu B Mahalectchumi yang mengajar subjek Bahasa Melayu hingga aku akhirnya pandai menulis karangan… formula yang cikgu ajar takkan aku lupakan sampai bila-bila… kalau tak kerana cikgu, mungkin aku tak menjadi wartawan sekarang…

Tak lupa juga kepada isteri aku, Cikgu Liza… kakak aku Cikgu Shima serta dua adik aku yang bakal bergelar guru tak lama lagi…

Siapalah aku tanpa kalian semua…

4 Comments leave one →
  1. cik.ptd permalink
    May 19, 2009 8:19 pm

    terima kasih kepada cikgu.. kerana berkat cikgu juga lah penulis resah berjaya menjadi penulis karangan yg tersohor.. dan menulis karangan surat cinta di buku karangan sekolah cik ptd suatu ketika dahulu.. uhuhu..

  2. mywanfai permalink*
    May 19, 2009 9:13 pm

    cik ptd,
    ya betul, terima kasih cikgu kerana berkat cikgu juga lah cik ptd turut berjaya menjadi penulis karangan yg tersohor… dan menulis karangan AKU YANG MALANG dan SURAT RAYUAN MASUK MRSM suatu ketika dahulu.. uhuhu…

  3. May 20, 2009 9:52 am

    Kerjaya guru memang kerjaya yang mulia dan kena banyak bersabar melayan kerenah anak murid. Kalau tak kerana guru, tak mungkin kita berada di posisi sekarang.
    p/s. Sebab itu, aku tak sanggup nak jadi cikgu lagi sebab layan anak 2 orang pun pening kepala.. macam2.. bayangkan nak jaga 40 orang anak murid.
    Selamat Hari Guru!

  4. Ali Rani permalink
    June 12, 2014 5:08 pm

    Saya mencari guru saya yang pernah mengajar saya dari tahun 81-88 iaitu Cikgu Wong poh Sim. Mohon reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: