Skip to content

Haru biru… adoi…

May 14, 2009

Gambar hiasan

Gambar hiasan

Sejak semenjak dua menjak ni, aku memang sibuk bebenar… banyak na keje kat ofis, hari-hari balik malam sampai boleh dikatakan tiap-tiap hari sekarang aku dah miss masa bermain dengan anak aku, Arman…

Asal balik rumah je, Arman dah tido, sebelum ni bukak pintu je Arman tersengih-sengih sambil meluru ke arah aku minta didukung… sekarang ni bila balik, Arman mesti tengah baikkkk punya tido… aku rindukan saat-saat indah tu…

Blog aku ni pun kadang-kadang tak sempat nak jenguk…

Hari ni pun sama, aku sampai depan pintu rumah jam 9 malam, seperti dijangka Arman dah pun tidur… aku kecewa lagi…

Entah kenapa sejak 2 minggu lepas banyak betul keje kat ofis… banyak betul assignment kena cover, banyak betul benda kena buat… terkejar sana, terkejar sini… kadang-kadang makan pun tak sempat… sampai bila lah aku nak keje macam ni…??

Dalam pada dok sibuk sangat tu, boleh jugak kena scoop dengan paper lain… yang tak tahan tu kena……. ah malas lah nak cerita… buta-buta aku terkena… tak pernah-pernah aku kena sound dengan bos nombor 1 company aku ni… adoi…

Nasib baiklah malam esok aku balik KL… tak kisah lah balik 2 hari pun janji setidak-tidaknya dapat jugaklah jumpa sanak-saudara dan sahabat handai sambil menenangkan fikiran yang haru biru ni… harap-harap dapat jugaklah lupakan sekejap hal berkaitan kerja.

Malaslah aku nak tulis panjang-panjang… nak layan feeling jap dengar lagu ni…

One Comment leave one →
  1. May 15, 2009 12:07 pm

    ai..sape yg scoop nih..kene scoop angle..heheheee…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: