Skip to content

Transformasi pemakanan aku sudah berlaku…

May 11, 2009

Sejak aku tulis entry bertajuk Ini kisah sedih mengenai kandungan asid uric yang tinggi dalam darah aku ni hingga dinasihatkan elak makanan seperti seafood, daging, ikan bilis, cendawan dan banyak lagi, ramai bertanya apa yang aku makan setiap hari dan bagaimana amalan pemakanan aku sekarang.

Sebenarnya gaya pemakanan aku dah banyak berubah, tak lagi makan udang, sotong, daging, bayam dan kacang buncis, nasi lemak (sebab ada ikan bilis), ikan sardin, sate (sebab ada kuah kacang), roti canai (sebab ada kuah dal), sup mushroom atau tengok tv sambil makan kacang Ngan Yin.

Sekarang ni tiap-tiap malam aku makan nasi lauk sayur (selain bayam dan kekacang) yang dirotate dengan ikan merah / ikan kembong / ikan bawal / ikan selar / ayam goreng… kuah pun cuma kuah sayur je… kicap pun tak boleh sebab diperbuat dari kacang soya.

Tapi, kadang-kadang aku tukar jugak menu sebab mana tahan beb kalau tiap-tiap malam makan lebih kurang macam tu je… contohnya malam ni aku tak makan nasi, tapi makan cekodok bawang cicah cili sos dan drumet pedas bersalut tepung.

cekodok bawang hidangan malam ini

cekodok bawang hidangan malam ini

Mungkin ada yang berpendapat aku menyeksa diri, tapi sebenarnya aku dah biasa makan nasi takde kuah… bila time lunch aku selalunya makan nasi kosong kering tanpa kuah dan berlaukkan ayam atau ikan goreng je sejak setahun lepas, bukan jaga badan… tapi aku dah tak tahan makan kuah manis-manis kat KB ni.

drumet pedas bersalut tepung

drumet pedas bersalut tepung

Walaupun terpaksa melupakan seketika makanan sedap2 daripada seafood dan daging kambing, aku tak ada pilihan sebab nak turunkan kadar asid uric dalam darah aku nih sebelum pemeriksaan kedua di klinik hujung bulan ni.

Lepas tu barulah aku nak makan balik benda-benda tu tapi dengan kuantiti yang sedikit, itu pun sekali sekala je…

Walaupun gaya pemakanan aku dah banyak berubah, tapi jangan salah sangka sebab berat badan aku tak terjejas pun… mungkin benda yang aku makan berbeza dari dulu, tapi kuantiti makanan tu tetap macam dulu jugak…

Oklah, adios dulu… nak minum teh misai kucing ni…

2 Comments leave one →
  1. May 12, 2009 11:12 am

    wah wah penulis resah..
    Aku tau ko memang kuat semangat. Kalau macam ni ko teruskan insyaAllah boleh turun. Tapi camana dengan kari kambing Hazeqah??? Oh no!!! Dont miss it!

    p/s: kalau jenis makanan aje berubah tapi kuantiti minyak tetap sama.. ummm.. iyo aje la.. apa kata ko kurangkan makan minyak..

    Ini barulah TRANSFORMASI GB!!

  2. mywanfai permalink*
    May 12, 2009 11:21 pm

    kambing hazeqah??? tunggguuuuuuuuu….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: